Berita Harian

‘Kuatkan kembali tiga parti’

-

Kuala Lumpur: Gagasan politik baharu membabitka­n Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilihat sebagai idea baik untuk menguatkan kembali gabungan tiga parti berkenaan.

Penganalis­is dan pemerhati politik percaya hasrat utama gagasan itu lebih kepada pengukuhan bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Mereka percaya penyatuan itu hanya akan berjaya jika konsep suara majoriti diambil kira bukan bersandark­an kepada keputusan konsensus semata-mata.

Ketua Penyelidik Ilham Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim berkata, penubuhan gagasan baharu ini idea baik untuk menguatkan kembali gabungan UMNO, PAS dan BERSATU walaupun cadangan gagasan baharu ini untuk menyatukan PN, BN dan GPS.

“Fokus utama sudah tentu untuk mengharmon­ikan UMNO-BERSATU dan idea gagasan baharu ini sudah tentu untuk meredakan hubungan kedua-dua parti antara UMNO-BERSATU yang sedang hangat sekarang,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas gagasan politik baharu yang bakal dimeterai PN, BN dan BERSATU.

Katanya, gagasan itu mungkin tercetus daripada kejayaan mencapai persetujua­n untuk menubuhkan kerajaan Perak.

Keputusan itu bersifat sementara, bagi meredakan keadaan dan berisiko meletup kembali.

“Jika idea ini berjaya direalisas­i, akan menguatkan kembali kerjasama antara parti tonggak yang menyokong kerajaan PN sekarang,” katanya.

Beliau percaya perkara bukan mudah, banyak cabaran perlu ditempuhi dalam rundingan mencapai terma persetujua­n.

“Paling utama adalah isu siapa yang akan mengetuai gabungan ini dan dinamakan sebagai calon Perdana Menteri dalam PRU-15

“Sebagai parti mempunyai sokongan akar umbi terkuat, sudah tentu UMNO berhajat mengetuai gabungan.

Persoalann­ya, adakah parti lain khususnya BERSATU sedia memberi laluan untuk UMNO menerajui gabungan itu. Perkara ini akan jadi isu dalam rundingan nanti,” katanya.

Justeru, perlu ada seseorang mengetuai gagasan itu dan jika isu itu gagal diselesaik­an dengan baik, mereka akan kembali kepada isu asal yang meregangka­n hubungan berkenaan.

Bekas Profesor Undang-undang Universiti Malaysia Kelantan, Datuk Dr Abdul Halim Sidek, berkata berdasarka­n demokrasi dilaksanak­an di negara ini mengikut perlembaga­an negara, suara majoriti diambil kira sebagai kata pemutus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia