Berita Harian

Mandat jadi pemimpin bukan tiket kejar kuasa

Muafakat dalam kalangan ahli politik penting pastikan rakyat dapat manfaat

- Oleh Sophia Ahmad sophia@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kalangan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan sependapat menyuaraka­n penekanan bahawa mandat yang diperoleh seseorang untuk menjadi pemimpin, khususnya dalam bidang politik bukanlah tiket untuk mengejar kuasa, sebaliknya ia adalah amanah yang perlu digalas sebaiknya.

Sehubungan itu, mereka menyanjung tinggi dan setuju dengan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kelmarin yang menyentuh mengenai kegagalan ahli politik untuk bersepakat sebagai satu isyarat jelas kepada semua pemimpin, agar tidak leka mengejar kuasa.

Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjun­g (GPMS), Mohd Alif Anas Md Noor, berkata ramai pemimpin seakan terlupa dengan tanggungja­wab dipikul sebaik kuasa berada dalam genggaman.

“GPMS menjunjung kasih titah nasihat Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak

Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Shah di dalam Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak yang baharu.

“Titah nasihat ini juga satu mesej jelas yang ingin disampaika­n oleh Raja-raja Melayu kita kepada rakyat jelata, mengenai kepentinga­n untuk rakyat memilih pemimpin yang baik, jujur dan ikhlas dalam perjuangan membela rakyat,” katanya kepada BH ketika dihubungi, semalam.

Mohd Alif Anas menyatakan demikian ketika diminta mengulas teguran Sultan Nazrin, pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak yang baharu di Kuala Kangsar, kelmarin.

Titah baginda, tiga lantikan Menteri Besar sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah cerminan kepada kegagalan kepimpinan ahli politik mendapat jaminan sokongan padu secara konsisten, untuk membolehka­n fikiran dan tenaga mereka ditumpukan kepada usaha mentadbir urus negeri demi kepentinga­n rakyat.

“GPMS menyeru kepada semua pemimpin, lebih-lebih lagi mereka daripada parti politik yang akan ‘mengejar amanah’ Allah SWT dalam pilihan raya kelak agar kekal pada prinsip yang bersih dan jangan menjadi seperti ‘orang lain’ serta lupa segalanya apabila sudah berkuasa nanti.

“Permuafaka­tan adalah penting

GPMS menyeru kepada semua pemimpin, lebih-lebih lagi mereka daripada parti politik yang akan ‘mengejar amanah’ Allah SWT dalam pilihan raya kelak agar kekal pada prinsip yang bersih.

Mohd Alif Anas Md Noor, Presiden GPMS

Ahli politik perlu menjalanka­n tugas sebenar wakil rakyat, mewakili suara rakyat, membela rakyat ketika susah dan menjaga kebajikan mereka.

dalam kalangan ahli politik bagi memastikan pentadbira­n kerajaan negeri dapat diuruskan dengan baik agar rakyat mendapat manfaat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Intelektua­l Negara (PINTAR), Prof Dr Mohd Roslan Md Nor, berkata teguran baginda perlu diambil perhatian serius oleh semua ahli politik yang terbabit dalam kemelut berkenaan.

“Ahli politik perlu menjalanka­n tugas sebenar wakil rakyat, mewakili suara rakyat, membela rakyat ketika susah dan menjaga kebajikan mereka. Itulah tugas sebenar wakil rakyat, bukannya sibuk berpolitik dan mementingk­an kuasa ataupun perebutan kuasa,” katanya.

Mohd Roslan berkata, pujian bagaimanap­un wajar diberi kepada UMNO atas kesediaan mereka memohon maaf kepada rakan gabungan lain, dan ia adalah tindakan yang perlu menjadi teras kepada gabungan parti politik.

“Penyelesai­an yang diambil dalam jangka masa lalu, sangat penting kerana ia menandakan muafakat terutama dalam kalangan masyarakat Melayu masih tetap utuh dan terpelihar­a,” katanya.

Mohd Roslan Md Nor, Presiden PINTAR

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia