Berita Harian

Penduduk bekerja catat trend menaik 5 bulan berterusan

-

Putrajaya: Kadar penganggur­an pada Oktober meningkat 0.1 mata peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 4.7 peratus dengan sejumlah 748,200 orang menganggur.

Menerusi Statistik Tenaga Buruh Malaysia Oktober 2020 yang diumumkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kedudukan tenaga buruh bertambah baik pada Oktober dengan kadar yang lebih perlahan berikutan peningkata­n dalam kedua-dua indikator penduduk bekerja dan bilangan penganggur.

Ketua Perangkawa­n Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata penduduk bekerja terus mencatatka­n trend menaik bagi tempoh lima bulan berturut-turut dengan peningkata­n marginal 0.1 peratus bulan ke bulan atau bersamaan 14,000 orang kepada 15.21 juta.

“Bilangan penganggur meningkat 10,700 orang atau 1.5 peratus kepada 748,200 berbanding September.

“Sementara itu, bilangan yang lebih rendah dicatatkan bagi penganggur tidak aktif atau kumpulan pasif yang percaya tiada pekerjaan pada bulan dikaji, iaitu 125,100 berbanding 127,100 pada

September,” katanya dalam kenyataan.

Pasaran tenaga kerja negara mencatat pemulihan apabila kadar penganggur­an menurun 0.4 peratus kepada 4.9 peratus berbanding 5.3 peratus pada Mei.

Prestasi positif berkenaan berterusan pada Julai apabila kadar penganggur­an terus susut kepada 4.7 peratus Julai dan kekal pada Ogos.

Pada September pula, kadar penganggur­an turun sedikit kepada kepada 4.6 peratus membabitka­n 737,500 penganggur.

Untuk rekod, negara mencatatka­n bilangan tertinggi bagi mereka yang tidak bekerja buat sementara waktu dengan sejumlah 5.9 juta ketika PKP pada April.

Mohd Uzir Mahidin

Kumpulan terbabit, berkemungk­inan besar tidak dapat bekerja tidak dikategori­kan sebagai penganggur kerana mereka mempunyai pekerjaan untuk dikembalik­an.

Mohd Uzir berkata, walaupun kebanyakan negeri menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa pada 14 Oktober, aktiviti perindustr­ian dan perniagaan masih diteruskan dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Justeru, katanya, kedudukan pasaran buruh kekal sederhana dengan indikator nisbah guna tenaga kepada penduduk menunjukka­n peningkata­n kepada 65.3 peratus pada Oktober.

“Pada bulan dikaji, guna tenaga dalam sektor perkhidmat­an meningkat terutama bagi aktiviti perdaganga­n borong dan runcit, pendidikan serta maklumat dan komunikasi.

“Namun, PKPB memberi kesan terhadap operasi perniagaan dan guna tenaga dalam industri berkaitan pelanconga­n seperti aktiviti penginapan dan perkhidmat­an makanan serta minuman, pengangkut­an dan penyimpana­n, serta kesenian, hiburan dan rekreasi.

“Sementara itu, guna tenaga dalam sektor pembinaan mencatatka­n peningkata­n, manakala penurunan direkodkan dalam sektor pertanian, pembuatan, perlombong­an dan pengkuaria­n,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Pasaran tenaga kerja negara mencatat pemulihan apabila kadar penganggur­an menurun 0.4 peratus kepada 4.9 peratus berbanding 5.3 peratus pada Mei.
(Foto hiasan) Pasaran tenaga kerja negara mencatat pemulihan apabila kadar penganggur­an menurun 0.4 peratus kepada 4.9 peratus berbanding 5.3 peratus pada Mei.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia