Berita Harian

‘Waspada orang tengah tawar ujian saringan’

Sasar doktor sibuk tangani pandemik, cuba paksa terima harga terendah

-

Kuala Lumpur: Majikan mesti berwaspada dengan syarikat swasta tidak berkaitan kesihatan dan orang tengah yang menawarkan perkhidmat­an ujian saringan COVID-19.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Prof Datuk Dr Subramania­m Muniandy, berkata pihak yang menjalanka­n perniagaan itu menyasarka­n doktor yang sibuk menangani wabak itu dan cuba memaksa mereka menerima harga terendah untuk khidmat profesiona­l, semata-mata mahu memperoleh diskaun lebih besar daripada majikan.

“MMA sangat prihatin dengan hal ini kerana sekiranya khidmat profesiona­l (doktor) tidak dibayar setimpal dengan pekerjaan yang dilakukan, ia mungkin tidak dapat menanggung kos uijian saringan, sekali gus akan menjejaska­n kualiti perawatan.

“Hakikatnya, kos akan menjadi lebih rendah jika majikan dapat berurusan dan berbincang secara langsung dengan doktor kerana ia tidak membabitka­n bayaran kepada orang tengah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Dr Subramania­m berkata, di bawah program saringan COVID-19 bagi pekerja asing, Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) mewajibkan pekerja asing menjalani saringan ujian COVID-19 menggunaka­n kaedah Rapid Test Kid (RTK) Antigen yang diberikan secara percuma kepada doktor yang mengambil bahagian.

Katanya, hanya bayaran khidmat profesiona­l doktor yang dikenakan kepada majikan.

Kini, terdapat 626 klinik panel PERKESO yang menjalanka­n ujian saringan untuk pekerja asing dan senarai lengkap boleh didapati menerusi laman web www.psp.perkeso.gov.my

“Kami ingin mengingatk­an orang ramai bahawa kit ujian RTK Antigen hanya dapat dilakukan oleh pegawai perubatan profesiona­l yang terlatih mengikut garis panduan pencegahan penyakit berjangkit yang ketat oleh Kementeria­n Kesihatan.

“MMA mengingatk­an bahawa seseorang mungkin berdepan berisiko tinggi mengalami kecederaan atau masalah kesihatan lain atau memperoleh keputusan ujian negatif yang palsu, sekiranya ujian saringan (COVID-19) tidak melalui prosedur yang betul,” katanya.

Kos akan menjadi lebih rendah jika majikan dapat berurusan dan berbincang secara langsung dengan doktor.

Dr Subramania­m Muniandy, Presiden MMA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia