Berita Harian

PKPB empat daerah di Kelantan ditamatkan

-

Putrajaya: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas ditamatkan semalam kecuali bagi dua mukim (Daerah Penggawa), susulan jangkitan COVID-19 yang terkawal.

Menteri Kanan (Keselamata­n), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Kementeria­n Kesihatan mengesahka­n kes positif COVID-19 di keempat-empat daerah terbabit menurun mendadak.

Katanya, kes aktif hanya tertumpu di beberapa mukim (Daerah Penggawa), iaitu Kubang Kerian di Kota Bharu dan Kusial di Tanah Merah.

“PKPB di kedua-dua mukim ini akan diteruskan sehingga 20 Disember ini,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Ismail Sabri berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Madrasah Ad-diniah Al-falahiah, Kampung Dalam Huma, Bukit Awang, Pasir Puteh diteruskan sehingga 20 Disember ini.

Pada 20 November lalu, Ismail Sabri dilaporkan berkata, kerajaan memutuskan untuk melaksanak­an PKPB di Kelantan mulai 21 November sehingga 6 Disember, bagi membolehka­n saringan secara bersasar dan mengurangk­an pergerakan dalam kalangan masyarakat.

Bagaimanap­un, pada 5 Disember lalu, ketika mengumumka­n penamatan PKPB di beberapa negeri termasuk Kelantan, beliau

Ismail Sabri Yaakob

berkata, perintah itu masih diteruskan di daerah Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas hingga 20 Disember ini.

Dalam perkembang­an berkaitan, Ismail Sabri berkata, penguat kuasa menahan 260 individu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Daripada 260 individu yang ditahan itu, katanya, seramai 245 individu dikenakan kompaun, manakala 15 individu direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (102), gagal menyediaka­n peralatan merekod butiran pelanggan (79), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (40), aktiviti pusat hiburan (27) dan lain-lain (12).

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalanka­n sebanyak 49,004 pemeriksaa­n semalam, bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKP Pemulihan (PKPP).

“Sebanyak 2,902 pasukan pematuhan dengan 12,741 anggota membuat pemantauan di 3,563 pasar raya, 4,969 restoran serta 1,600 penjaja, 1,301 kilang, 3,472 bank dan 604 pejabat kerajaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ismail Sabri berkata, pasukan itu turut memantau 1,003 terminal pengangkut­an darat, 234 terminal pengangkut­an air dan 82 terminal pengangkut­an udara.

Beliau berkata, Operasi Benteng

yang dijalankan kelmarin menahan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI), tiga tekong serta merampas tiga kenderaan darat.

Katanya, sebanyak 122 sekatan jalan raya dijalankan iaitu 52 dalam Operasi Penawar yang dilakukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM dan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA), 61 sekatan jalan raya dalam Operasi Benteng PDRM, manakala sembilan lagi dalam Operasi Benteng Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM).

“Operasi Benteng yang membabitka­n PDRM, ATM, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim) dan AKSEM mengawal ketat sempadan negara secara bersepadu daripada dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan, selain menyekat penularan wabak COVID-19.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi-agensi penguat kuasa akan terus mengetatka­n kawalan kawasan sempadan, terutamany­a di lorong-lorong tikus,” katanya.

 ?? (Foto Hazreen Mohamad/bh) ?? Orang ramai mengunjung­i pusat beli-belah popular dibenarkan. (Foto Hazreen Mohamad/bh) di Genting Highlands selepas pergerakan merentas negeri
(Foto Hazreen Mohamad/bh) Orang ramai mengunjung­i pusat beli-belah popular dibenarkan. (Foto Hazreen Mohamad/bh) di Genting Highlands selepas pergerakan merentas negeri
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia