Berita Harian

Bina tugu peringatan di Highland Towers

Pembinaan sempena memperinga­ti peristiwa tragis 27 tahun lalu

-

Ia bukan pusat rekreasi, sebaliknya apa yang kita ingin bangunkan ialah tugu peringatan dikeliling­i taman kecil dan laluan pejalan kaki.

Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Kuala Lumpur: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan membangunk­an tugu peringatan di tapak kondominiu­m Highland Towers yang terbiar, sejak 27 tahun lalu.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin, berkata tugu sempena memperinga­ti peristiwa tragis yang mengorbank­an 48 penghuni kondominiu­m itu pada 11 Disember 1993 juga bakal dilengkapi taman dan laluan pejalan kaki.

“Apabila saya sebut taman, mungkin orang salah faham ia bakal jadi kawasan lapang dengan kemudahan seperti taman permainan.

“Ia bukan pusat rekreasi, sebaliknya apa yang kita ingin bangunkan ialah tugu peringatan dikeliling­i taman kecil dan laluan pejalan kaki,” katanya kelmarin.

Beliau berkata, pelan pembanguna­n itu masih diperinci dan kementeria­n itu menunggu kelulusan peruntukan sebanyak RM8.9 juta untuk pembayaran bagi proses pengambila­lihan tanah daripada

Kerajaan Selangor.

Zuraida berkata, proses mendapatka­n persetujua­n pemilik unit kondominiu­m itu sudah selesai, manakala kerja perobohan dan pembersiha­n kawasan akan dimulakan selepas peruntukan diluluskan Kementeria­n Kewangan.

“Kita sudah berjumpa dengan pemilik (unit kondominiu­m) untuk maklumkan tentang hal pemilikan tanah. Kalau ikutkan, pemilikan (hartanah) ialah pemilikan strata,” katanya.

Pada 11 Disember 1993, satu daripada tiga blok kondominiu­m Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Klang runtuh dalam tragedi yang meragut 48 nyawa.

Zuraida sebelum ini dilaporkan berkata, Highland Towers akan dirobohkan selewat-lewatnya pada Jun 2019, namun proses itu tertangguh susulan isu mencari pemilik bangunan dan perolehan tanah.

Sebelum ini, terdapat juga cadangan untuk membangunk­an semula lokasi itu sebagai taman rekreasi, selain pembinaan 50 unit banglo. BERNAMA

 ??  ??
 ??  ?? Proses robohkan Highland Towers yang sepatutnya dilakukan pada Jun 2019 tertangguh kerana mencari pemilik bangunan dan isu perolehan tanah.
Proses robohkan Highland Towers yang sepatutnya dilakukan pada Jun 2019 tertangguh kerana mencari pemilik bangunan dan isu perolehan tanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia