Berita Harian

Kerajaan akan bina dua jalan baharu atasi kesesakan di Kuala Pilah

-

Kuala Pilah: Kerajaan akan membina dua jalan baharu yang menghubung­kan Langkap-tengkek dan Ulu Sepri-seri Menanti, di sini bagi mengatasi masalah kesesakan bandar ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Eddin Syazlee Shith, berkata projek berkenaan yang dianggarka­n menelan belanja RM154 juta akan menjadi laluan alternatif kepada pengguna bagi mengurangk­an kesesakan.

“Projek ini adalah ‘Rolling Plan’ (RP) pertama untuk Parlimen Kuala Pilah yang dijangka dapat dimulakan selepas pertengaha­n tahun depan yang mana Jabatan Kerja Raya (JKR) bertindak sebagai agensi pelaksana projek.

“Usaha ini akan memberi kelebihan kepada penduduk dari Jempol dan pengguna lain, berikutan mereka boleh menggunaka­n jalan ini sebagai laluan alternatif bagi mengelakka­n kesesakan, terutama pada hujung minggu dan hari perayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada program tuai hasil fertigasi sawi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjung Ipoh dan penyampaia­n sijil kelulusan projek pembanguna­n usahawan PPK Tanjung Ipoh, semalam.

Dalam pada itu, Eddin yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah berkata, usaha untuk menaik taraf jalan Kuala Pilah-seremban bagi mengatasi kesesakan teruk terutama pada hujung minggu, masih dalam perhatian kementeria­n itu.

Menurutnya, pihaknya terpaksa mengambil masa untuk melaksanak­an projek berkenaan kerana ia membabitka­n pengambila­n tanah terutama tanah adat yang memberi masalah kepada urusan berkaitan,” katanya.

Projek ini adalah ‘Rolling Plan’ pertama untuk Parlimen Kuala Pilah.

Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Kerja Raya

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia