Berita Harian

Semak tawaran umrah elak ditipu

-

Kuala Lumpur: Polis tidak menolak kemungkina­n pengumuman oleh Kerajaan Arab Saudi membenarka­n semula ibadat umrah, membuka peluang kepada penjenayah menawarkan pakej palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata setakat ini belum ada laporan berkaitan penipuan umrah.

“Orang ramai diingatkan sentiasa berwaspada sekiranya ditawarkan pakej umrah dalam tempoh terdekat.

“Buat semakan terlebih dahulu dengan agensi yang bertanggun­gjawab seperti Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapat pengesahan dan pandangan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Zainuddin berkata, kes penipuan umrah akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­k penjara sehingga 10 tahun dan sebat.

“Orang ramai digesa membuat laporan polis sekiranya mendapati wujud tawaran pakej umrah yang meragukan, agar siasatan dapat dijalankan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya menyiasat iklan pakej umrah yang meragukan kerana rakyat Malaysia belum dibenarkan melaksanak­an ibadat itu, susulan penularan wabak COVID-19.

Kementeria­n itu menegaskan syarikat pengendali umrah dilarang mengambil bayaran pakej umrah, selain menasihatk­an orang ramai agar berhatihat­i terhadap tawaran meragukan dan menunggu hingga kerajaan membenarka­n ibadat itu dilaksanak­an.

Pada 23 September lalu, Arab Saudi mengumumka­n penerimaan semula jemaah umrah seluruh dunia secara berperingk­at dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat, selepas menggantun­g visa ibadah itu pada Februari akibat wabak COVID-19.

 ?? (Foto hiasan) ?? Orang ramai diingatkan sentiasa berwaspada sekiranya ditawarkan pakej umrah dalam tempoh terdekat.
(Foto hiasan) Orang ramai diingatkan sentiasa berwaspada sekiranya ditawarkan pakej umrah dalam tempoh terdekat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia