Berita Harian

Kedah tak hasrat bawa ke mahkamah

Tuntutan dibuat ikut undang-undang sedia ada: MB

- Oleh Noorazura Abdul Rahman bhnews@bh.com.my

Sintok: Kerajaan Kedah tidak berhasrat mengheret isu tuntutan bayaran caj air mentah kira-kira RM50 juta setahun daripada Pulau Pinang ke mahkamah.

Menteri Besar berkata, Muhammad Sanusi Md Nor, ia berikutan tuntutan yang dibuat adalah berdasarka­n undang-undang sedia ada.

“Kita berpandang­an dalam tamadun moden ini bila dah (sudah) ada undang undang dan akta baru (Akta Industri Perkhidmat­an Air 2006), kita kena ikut lah, tak payah sampai ke mahkamah.

“Kalau semua urusan buat di mahkamah teruklah dunia ini, tak boleh nak berjalan, tersangkut semua..kena pergi mahkamah,” katanya di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan media yang dikeluarka­n Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) pada 12 Ogos 2017 yang kembali tular kelmarin.

Kenyataan itu menyebut lapan sebab Pulau Pinang tidak perlu diminta untuk bayar caj air mentah antaranya ialah Skim Air Sungai Muda dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein pada 9 Nov 1973 tidak menyebut mengenai caj air mentah.

Muhammad Sanusi secara berseloroh berkata, beliau boleh meminta penduduk kampung menyekat air dari Sungai Muda jika Pulau Pinang masih enggan membayar caj air mentah dari negeri itu.

Katanya, tindakan itu boleh menyebabka­n air sungai di Pulau Pinang kering sekali gus negeri itu tidak boleh mengekstra­k air untuk kegunaan domestik, industri dan pertanian.

“Esok kita alirkan Sungai Muda itu ke tempat lain, kalau orang kampung saya kata belat (sekat) sungai, alih sungai ke tempat lain, Pulau Pinang nak sedut air dari mana.

“Boleh buat seperti itu kalau mahu, saya kerah orang kampung letak pasir dalam guni sekat sungai di Pinang Tunggal iaitu tempat pengambila­n air yang terakhir, lepas itu bila air semua kering boleh mereka cari ikan darat di sungai Pulau Pinang,” katanya dengan nada berseloroh.

Kelmarin, media melaporkan kerajaan Pulau Pinang tidak akan membayar caj air mentah kira-kira RM50 juta setahun seperti dituntut Kerajaan Kedah.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, mengesahka­n PBAPP menerima surat daripada syarikat pengusaha air negeri itu (Kedah) baru-baru ini berkaitan tuntutan tersebut dan telah pun memberikan penjelasan berhubung tindakan tidak membayar caj berkenaan.

Sementara itu di Georgetown, Bernama melaporkan, Kon Yeow berkata, kerajaan negeri menyambut baik jaminan dibuat kerajaan Kedah tidak meneroka kawasan tadahan air Ulu Muda seperti yang dinyatakan oleh Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, kerajaan negeri berpegang kepada jaminan tersebut demi kepentinga­n bekalan sumber air mentah bagi keperluan 4.2 juta rakyat Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

“Kerajaan negeri juga mengalu-alukan usaha menteri (Tuan Ibrahim) mengadakan perbincang­an dengan pihak berkaitan bagi memastikan kelangsung­an kawasan tadahan sumber air di Ulu Muda dilindungi daripada sebarang aktiviti yang boleh mengganggu-gugat kawasan yang begitu penting tersebut,” katanya, dalam kenyataan, di sini semalam.

Kita berpandang­an dalam tamadun moden ini bila dah (sudah) ada undang undang dan akta baru (Akta Industri Perkhidmat­an Air 2006), kita kena ikut lah, tak payah sampai ke mahkamah.

Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah

 ?? (Foto Luqman Hakim Zubir/bh) ?? Mohd Zulfitri (tiga dari kiri) menunjukka­n memorandum meminta SPRM menyiasat isu kartel daging import di perkaranga­n SPRM, semalam.
(Foto Luqman Hakim Zubir/bh) Mohd Zulfitri (tiga dari kiri) menunjukka­n memorandum meminta SPRM menyiasat isu kartel daging import di perkaranga­n SPRM, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia