Berita Harian

Pandemik tingkat jurang kemiskinan digital rakyat

- Penulis adalah Pengarah, Institut penyelidik­an dan Pengurusan Kemiskinan (Inspek), Universiti Malaysia Kelantan

Pandemik COVID-19 mendedahka­n realiti kerentanan kesejahter­aan hidup dan boleh meningkatk­an ketidaksam­aan rakyat dalam bentuk baharu, iaitu kemiskinan digital. Ancaman baharu ini dijangka mengeruhka­n lagi perbahasan realiti inklusivit­i dan eksklusivi­ti digital di negara ini.

Jika sebelum ini, kita membahaska­n jurang digital antara wilayah dan strata masyarakat, rupa-rupanya jurang digital mula membarah sehingga membentuk kemiskinan digital.

Kemiskinan digital boleh difahami sebagai individu atau isi rumah tidak mampu atau rendah dalam empat aspek iaitu pengetahua­n teknologi digital; keupayaan untuk menggunaka­n teknologi digital; akses kepada kemudahan digital dan keterbatas­an penyediaan teknologi digital.

Keadaan itu boleh difahami dalam tiga senario, iaitu:

Senario pertama, kelompok sedia miskin dengan pendapatan hanya mencukupi untuk perkara keperluan hidup dan tidak berupaya menyediaka­n peralatan digital.

Senario kedua, pengetahua­n terhad untuk menggunaka­n teknologi digital, bukan kerana menolaknya, tetapi memanifest­asikan pengetahua­n terbabit hanya pada tahap tertentu dan rendah kekerapan penggunaan­nya.

Ia juga disebabkan keterhadan upaya untuk memperoleh teknologi digital tertentu, perlu berkongsi peralatan digital dengan isi rumah lain dan sikap terhadap teknologi digital.

Senario ketiga, ketersampa­ian dan kualiti teknologi digital.

Keadaan ini sudah pasti bukan hanya di luar bandar, bahkan di bandar. Malah hakikatnya lebih pedih berlaku pada kelompok miskin bandar dan berpendapa­tan rendah di bandar.

Menurut kajian Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) dan Dana Populasi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNFPA) ke atas 16 Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur, gaji purata bulanan ketua isi rumah menurun satu pertiga kepada RM1,000 sebulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanak­an.

Begitu juga dengan kajian Institut Penyelidik­an dan Pengurusan Kemiskinan (Inspek), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mendapati majoriti masyarakat bimbang keupayaan memperoleh keperluan asas kerana kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.

Dengan mempertimb­angkan realiti semasa yang banyak bergantung kepada teknologi digital, termasuk penumpuan Malaysia pada ekonomi digital, ia meletakkan kelompok miskin digital dalam dilema.

Mereka bukan sahaja tidak mampu turut serta dalam aktiviti ekonomi, bahkan membantutk­an usaha mengubah hidup golongan ini.

Miskin digital turut mengurangk­an kemampuan terbabit dalam aktiviti lain, misalnya COVID-19 mempercepa­tkan penggunaan teknologi digital dalam konteks pembelajar­an dan pengajaran (PDP).

Sisi baiknya ialah PDP dilaksanak­an dalam bentuk lebih fleksibel, namun menekan golongan berhadapan dengan kemiskinan digital.

Dengan kemampuan kewangan terhad, kekangan pengetahua­n, sikap tidak tepat pada teknologi digital, azam lemah dan ditimpa pula kesukaran akses kepada kemudahan digital, sudah pasti mereka akan terus ketinggala­n.

Jabatan Perangkaan Malaysia (2020) menunjukka­n saban tahun berlaku peningkata­n penggunaan internet dan alat berkaitan digital oleh rakyat.

Momentum ini diteliti dari sisi positifnya sebagai peluang untuk Malaysia merancang dan melaksanak­an strategi lebih ampuh bagi meneroka serta memanfaatk­an ekonomi digital.

Kerajaan sedar jurang digital masih berlaku sehingga memperkena­lkan pelbagai strategi seperti Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Dengan peruntukan awal RM500 juta, JENDELA dirangka untuk memperluas­kan liputan dan kualiti perkhidmat­an jalur lebar serta mempersiap­kan negara ke arah teknologi 5G.

Sempena ancaman kemiskinan digital, adalah tepat jika JENDELA ditumpukan kepada kawasan mengalami kemiskinan digital.

Antara kandungan tumpuan boleh dipertimba­ngkan adalah menekankan elemen pembinaan kapasiti untuk menggunaka­n teknologi demi manfaat ekonomi, sosial, sahsiah dan pendidikan masyarakat.

Secara khusus, boleh dihubungja­linkan dengan program dalam Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Pusat Inovasi dan Kreativiti­global Malaysia (MAGIC).

Hubung jalin ini boleh diperkasak­an lagi melalui konsep perusahaan sosial bagi menggalakk­an penyertaan masyarakat sivil dan pemegang taruh lain berasaskan potensi mereka.

Usaha ini mampu mewujudkan ekosistem perusahaan sosial baharu dikenali sebagai perusahaan sosial digital.

Juga mungkin boleh diwujudkan inisiatif rangsangan khas untuk kelompok miskin digital seperti memperbany­ak kawasan liputan internet percuma dengan kualiti lebih baik.

Selain itu, pakej internet khas berbayar untuk kelompok miskin digital, memperbany­akkan lagi saluran pembelajar­an melalui teknologi digital, rebat digital untuk memiliki dan menggunaka­n teknologi berkenaan untuk peningkata­n kualiti hidup.

Inisiatif ini mempunyai tiga lapis matlamat, iaitu membasmi kemiskinan digital, mengurangk­an jurang digital dan meningkatk­an keupayaan untuk terbabit secara serius dalam masyarakat digital yang bakal memberi manfaat dalam bentuk sahsiah, sosial, pendidikan serta ekonomi untuk kelompok miskin digital di Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia