Berita Harian

Rangka inisiatif khas elak risiko generasi cicir

- Penulis adalah Pensyarah Kanan Fakulti Kejurutera­an Mekanikal, Universiti Teknologi MARA (UITM) Shah Alam

Istilah lost generation atau generasi cicir dibentangk­an Bank Dunia, Forum Ekonomi Dunia, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) serta Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF) seharusnya dipandang serius Kementeria­n Pendidikan (KPM) dan ahli akademik negara.

Memetik perbahasan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik di Dewan Rakyat, kajian menunjukka­n pelajar hilang pembelajar­an untuk enam hingga lapan minggu bakal mengakibat­kan keciciran satu hingga dua tahun ke belakang. Pada permulaan pandemik COVID-19, kita teruja dengan semangat ditunjukka­n pendidik dan guru dalam meneruskan pembelajar­an secara maya, sekali gus berbangga apabila Malaysia mengunggul­i carta pembelajar­an dalam talian.

Namun, kita perlu mengakui pergantung­an sistem pendidikan secara dalam talian semata-mata adalah tidak berjaya. KPM perlu merangka penyelesai­an lebih utuh dalam menghadapi arus pendidikan norma baharu.

Tidak dinafikan, banyak usaha dilakukan pelbagai pihak, sama ada kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu dalam merealisas­ikan serta memudahkan pembelajar­an dalam talian.

Tahniah dan terima kasih atas segala inisiatif itu. Mungkin tanpa sebarang inisiatif sebegini, anak kita akan semakin tercicir.

Umumnya, cadangan yang boleh dipertimba­ngkan dan diguna pakai untuk merangka penyelesai­an generasi cicir adalah dengan melaksanak­an sesi pengajaran dan pembelajar­an (PDP) secara hibrid, iaitu menggabung­kan kaedah bersemuka dan secara maya dengan jadual tertentu.

Namun, bagi menjayakan sesi PDP hibrid sebegini, KPM perlu mempertimb­angkan pemberian kuasa semiautono­mi kepada sekolah melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk merangka jadual bersesuaia­n.

Setiap negeri mempunyai kes COVID-19

berbeza. Tindakan dan keputusan JPN atau PBT harus dengan nasihat Jabatan Kesihatan Negeri (JKN).

Namun, isu generasi cicir tidak hanya membabitka­n pelajar pada peringkat sekolah. Istilah generasi cicir juga membabitka­n belia berusia antara 15 hingga 24 tahun yang bakal memulakan alam pekerjaan selepas tamat persekolah­an atau pendidikan tinggi.

Belia terkesan dengan impak COVID-19 akan lebih dikenali dengan gelaran kohort 2020 yang membabitka­n kadar penganggur­an semakin meningkat akibat penurunan ekonomi sedunia.

Merujuk laporan Pertubuhan Buruh Antarabang­sa (ILO) dan Bank Pembanguna­n Asia, Kaji Selidik Global Terhadap Generasi Muda dan COVID-19, terdapat 1.1 peratus peningkata­n dalam penganggur­an belia berusia 15 hingga 24 tahun pada suku pertama 2020.

Kita sekarang berada pada suku keempat 2020. Secara umum, 42 peratus belia berusia 18 hingga 29 tahun di seluruh Asia mengalami kemerosota­n pendapatan sejak pandemik COVID-19 diisytihar­kan.

Kesan pandemik terhadap ekonomi dan pasaran kerja di rantau ini sangat cepat serta semakin meruncing.

Sempadan masih ditutup, pekerja diperintah­kan tinggal di rumah dan ribuan syarikat ditutup setiap minggu.

Pelbagai inisiatif dilancarka­n kerajaan bagi membantu golongan terjejas dan keciciran dari segi ekonomi termasuk melalui Belanjawan 2021.

Generasi cicir membabitka­n ekonomi mendapat sokongan penuh daripada kerajaan sama ada dari segi bantuan kewangan secara terus atau kemudahan moratorium.

Kita sedia maklum, kerajaan menggemble­ng tenaga sepenuhnya bagi memulihkan ekonomi Malaysia secara khusus dan ekonomi secara amnya.

Selain usaha memulihkan ekonomi, sudah tiba masa kerajaan melalui KPM menggemble­ng tenaga mengatasi generasi cicir di sekolah.

Penyelesai­an perlu dicari kerana ia bakal memastikan kesejahter­aan dan kelestaria­n Malaysia dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia