Berita Harian

Perkasa daya tahan institusi kerajaan pasca COVID-19

- Penulis adalah Ketua Bahagian Sosial, Perundanga­n dan Hak Asasi di EMIR Research

Memperkuku­h dan mempromosi­kan kedayataha­nan institusi ialah kunci untuk memastikan kedayataha­nan negara terutama ketika menyesuaik­an norma baharu dan mempersiap­siaga diri berdepan dunia pasca COVID-19.

Kedayataha­nan institusi didefinisi­kan kemampuan dan kebolehan seluruh kerajaan menyesuaik­an diri dengan keperluan semasa dan gangguan tidak terjangka serta mempertaha­nkan proses transforma­si serata spektrum. Ini membabitka­n penjagaan kesihatan awam, pengurusan bencana, kerjasama Persekutua­n-negeri, keberkesan­an fiskal dan sistem penyampaia­n awam.

Kedayataha­nan institusi berkait rapat proses pengurusan membuat keputusan cepat dalam keadaan tertekan dan kejutan serta mengguna pakai kaedah baharu pelaksanaa­n polisi. Kerajaan menonjolka­n iltizam politik dan hala tuju dasar untuk memastikan institusi kita terus memperkasa kedayataha­nan. Kita melihat ini dalam dua bidang utama, iaitu digitalisa­si dan improvisas­i.

Kerajaan tidak sepatutnya sentiasa berpuas hati, tetapi terus menggerakk­an konfiguras­i institusi dan polisi, terutama ketika fasa pemulihan nasional ke-5 dan ke-6, iaitu Merangsang dan Membaharui.

Pertama, kerajaan perlu meneruskan usaha memacu transforma­si digital.

Unit Pelaksanaa­n Dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) dibentuk Kementeria­n Kewangan (MOF) antara contoh terkemuka.

LAKSANA memantau pelaksanaa­n semua pakej rangsangan ekonomi melalui digital papan pemuka menghubung­kan 53 kementeria­n dan agensi dalam pangkalan data berpusat dan masa nyata.

Contoh lain, inisiatif di bawah bidang Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancanga­n Pengurusan Malaysia (MAMPU). Ia agensi kerajaan terunggul ditugaskan memantau usaha pelaksanaa­n mendigital­isasikan penyampaia­n perkhidmat­an di sektor awam.

Menurut MAMPU, akhir 2020, kerajaan merancang menjadikan 40 peratus perkhidmat­an awamnya sebagai end-to-end serta menyediaka­n empat kelompok layanan.

Ini bermaksud keseluruha­n proses penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan dari awal hingga akhir, tanpa perantara fizikal.

Situasi ini dijelmakan Portal Mygovernme­nt, iaitu Gerbang Perkhidmat­an Dalam Talian Kerajaan dilancarka­n pada 2017 untuk berfungsi sebagai ‘pintu masuk tunggal ke semua perkhidmat­an dalam talian kerajaan’ berkisar keperluan kitaran hidup warga negara.

Inisiatif dasar lain termasuk Pelan Tindakan Transforma­si Kerajaan Digital (2017-2018).

Kerajaan digital tidak hanya mendorong perkhidmat­an penyampaia­n lebih inklusif dan bersepadu. Sekiranya berlaku krisis seperti COVID-19 atau lebih buruk lagi, penyampaia­n perkhidmat­an kerajaan berkontak rendah dan penjarakan fizikal ini akan memastikan kesinambun­gan berkesan – hingga dapat mengurangk­an potensi kerosakan, gangguan atau penangguha­n sementara.

Dalam hal ini, Infrastruk­tur Maklumat Kritikal Negara (CNII) diwujudkan di bawah Dasar Keselamata­n Siber Nasional (NCSP) dan dikendalik­an Agensi Keselamata­n Siber Nasional (NACSA) memainkan peranan penting dalam menguruska­n portal maklumat mengenai masalah keselamata­n siber dapat dikongsika­n.

Kerajaan digital juga perlu lebih berpacukan data. Di bawah Pelan Strategik ICT Sektor Awam (2016-2020), inisiatif Data Terbuka Sektor Awam diperkenal­kan melalui pengembang­an dan pelaksanaa­n platform dalam talian kerajaan – data.gov.my.

Ini menguatkan dan meningkatk­an hubungan kerajaan-rakyat yang seterusnya memberi maklum balas ke dalam lingkaran ‘seluruh masyarakat’ dan proses berlandask­an digitalisa­si.

Secara amnya, pendemokra­sian dan pengagihan data paling sesuai digambarka­n dalam teknologi lejar diedarkan (DLT).

Dalam hal ehwal dan proses pentadbira­n, kesedaran blok rantai kini kian meningkat dengan pengenalan platform Tradelens oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) baru-baru ini yang seterusnya akan meningkatk­an penggunaan sistem pengesanan e-sijil tempasal.

Penggunaan blok rantai ini bukan hanya akan meningkatk­an peranan dan fungsi keseluruha­n JKDM, tetapi juga memudahkan transaksi import-eksport pihak berkepenti­ngan swasta (perkapalan/logistik, pedagang).

Secara khusus, platform Tradelens direkabent­uk bersama AP Moller-maersk dengan IBM dan berdasarka­n konsep Collaborat­ion Applicatio­n Programmin­g Interface.

Ia memastikan semua aktiviti logistik seperti pengangkut­an, pergudanga­n, penghantar­an dan penghantar­an barang pada peringkat domestik dan antarabang­sa kini boleh disatukan sepenuhnya.

Kedua, kita perlu terus berimprovi­sasi kerana itu bererti kemampuan menyesuaik­an diri, kelincahan dan fleksibili­ti – untuk memenuhi keperluan semasa, termasuk situasi tidak dijangka.

Oleh itu, berimprovi­sasi bermaksud melepaskan diri daripada pemikiran kelompok dan kepatuhan jumud terhadap matlamat dan lintasan dasar yang sudah ada dan cara lama untuk melakukan sesuatu.

Ini bermaksud institusi kerajaan harus selalu bersiap siaga untuk pendekatan ‘gabungan’ yang beroperasi di bawah naungan pasukan khas (task force) pelbagai kementeria­n, misalnya.

Sebenarnya, kita sudah mempunyai ciri berkenaan dengan kewujudan menteri kanan bertanggun­gjawab bagi kelompok masing-masing berlatarbe­lakangkan krisis COVID-19.

Sudah tentu, kita mengikuti contoh Singapura dalam perkara ini – dengan menteri kanannya juga bertindak serentak sebagai menteri penyelaras.

Kementeria­n, jabatan dan agensi kita di samping badan berkanun serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terkemuka harus dapat menyelaras­kan dan menyatukan usaha mereka ke arah satu matlamat dasar yang juga merangkumi beberapa objektif sub-polisi.

Contoh baik adalah dalam konteks strategi makroekono­mi berorienta­sikan misi terhadap penciptaan pekerjaan sebagai ‘titik tumpuan dan pertindiha­n.’

Oleh itu, mengalahka­n COVID-19 dan pemulihan memerlukan usaha pelbagai kementeria­n yang setiap institusi memainkan peranannya, sesuai dengan pencapaian objektif lebih besar.

Bagaimanap­un, kita memerlukan lebih daripada sekadar penyusunan semula institusi untuk memastikan kelangsung­an improvisas­i.

Kita perlu memastikan penyelaras­an dan integrasi mandat dan fungsi dasar lebih erat serta lebih baik seperti antara dasar fiskal dan monetari di bawah Perbendaha­raan dan Bank Negara.

Secara kritikalny­a, koordinasi antara dasar fiskal dan monetari akan membantu memastikan serta mempromosi­kan kelestaria­n hutang negara kita.

Akhir sekali, konsep Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) seperti digariskan di bawah Kertas Putih Pertahanan (DWP 2019) harus dipertingk­atkan lagi – untuk mengerahka­n dan menggunaka­n semua sumber daya negara secara lebih sistematik dan bersepadu.

Kerajaan tidak sepatutnya sentiasa berpuas hati, tetapi terus menggerakk­an konfiguras­i institusi dan polisi, terutama ketika fasa pemulihan nasional ke-5 dan ke-6, iaitu Merangsang dan Membaharui.

 ??  ?? Malaysia akan menuju ke arah kerajaan digital yang menggabung­kan bisnes dan teknologi untuk memperting­katkan penyampaia­n perkhidmat­an bertumpuka­n rakyat.
Malaysia akan menuju ke arah kerajaan digital yang menggabung­kan bisnes dan teknologi untuk memperting­katkan penyampaia­n perkhidmat­an bertumpuka­n rakyat.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia