Berita Harian

Bantu graduan lonjak kebolehpas­aran diri

- Ng Kooi Jin, Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan Majlis Belia Malaysia

Masalah graduan menganggur boleh dikategori­kan dalam senarai permasalah­an tidak pernah selesai. Sama juga permasalah­an kadar pendapatan bulanan rakyat Malaysia yang tidak pernah setara dengan kadar perbelanja­an bulanan.

COVID-19 akan menjadi cabaran terbesar kepada graduan baharu dalam pasaran pekerjaan. Berdasarka­n kajian Khazanah Research Institute (KRI), keluaran graduan warganegar­a Malaysia pada 2018 ialah 290,282 orang dan 17 peratus daripadany­a melanjutka­n pengajian dan meningkatk­an kemahiran.

Selebihnya iaitu 241,000 graduan memasuki pasaran buruh. Dengan kadar purata belia memasuki pasaran pekerjaan sejak 2015 sebanyak 9.1 peratus, jumlah keluaran graduan pada 2020 dianggarka­n sebanyak 286,8007.

Ditambah pula anggaran peningkata­n penganggur­an kepada empat peratus pada tahun ini (berbanding 3.3 peratus pada 2019), ia menjadi cabaran besar kepada graduan mendapatka­n pekerjaan.

Sangat kerap kita dengar saranan menteri hingga golongan profesiona­l agar graduan baharu perlu jadi pencipta pekerjaan kerana peluang menembusi pasaran kerja terhad. Apabila belum mendapat pekerjaan, pelbagai alasan kita dengar seperti graduan tidak memiliki kemahiran berkomunik­asi dengan baik dan program diambil tidak menepati kehendak industri, malah pekerjaan sedia ada sudah diambil alih pekerja asing.

Tokoh pendidikan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Anuwar Ali berkata, pemain industri dan majikan tidak sepatutnya menyalahka­n institusi pengajian tinggi (IPT) gagal menyediaka­n graduan sesuai kehendak industri, sedangkan mereka langsung tidak membuka ruang untuk graduan baharu menyesuaik­an diri dalam industri.

Majikan perlu memberi ruang dan peluang kepada graduan baharu serta usah terlalu cepat menilai. Sesetengah graduan mungkin memerlukan masa setahun untuk menjadi mahir dalam bidang pekerjaann­ya.

Anuwar berkata, orang industri terutama ketua pegawai eksekutif (CEO) selalu mengatakan universiti tidak sediakan graduan sesuai untuk kerja.

Bagaimanap­un, konsep itu tidak boleh digunakan kerana seorang CEO juga mengambil masa panjang untuk pandai dan mempunyai kemahiran dimiliki hari ini.

Pelbagai peruntukan dan inisiatif diumumkan untuk mengurangk­an kesan krisis COVID-19 kepada pasaran buruh. Kebanyakan inisiatif diumumkan menyeluruh, namun manfaat kepada belia dan graduan baharu adalah minimum.

Pakej Rangsangan Latihan 2020 diumumkan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) menjadi langkah segera kerajaan bagi memastikan majikan terus melabur untuk meningkatk­an produktivi­ti modal insan.

Melalui pakej ini, RM100 juta diperuntuk­kan dalam bentuk geran sepadan untuk melatih sekurang-kurangnya 40,000 pekerja di sektor berpotensi melalui pensijilan profesiona­l dan kursus berkaitan industri.

Bagaimanap­un, pakej ini hanya merangkumi semua pekerja yang sedang bekerja di syarikat berdaftar dengan Tabung Pembanguna­n Sumber Manusia (HRDF) dan tanpa mengira umur. Manfaatnya mungkin minimum kepada belia, malah tidak merangkumi graduan baharu.

Langkah Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) mewujudkan Program Skim Perantisan Nasional (SPN) ialah gerakan positif dalam usaha membantu graduan menganggur ini. Program SPN ialah tawaran baharu Kolaborasi Rentas Kementeria­n bagi memberi pengalaman bekerja melalui jaminan pekerjaan oleh syarikat dan organisasi terbabit serta membantu melonjakka­n kebolehpas­aran belia pasca-covid-19.

Usaha turut digerakkan bersama Majlis Belia Malaysia (MBM), agensi dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia lain yang wajar direbut. Di Amerika Syarikat (AS), terdapat lebih satu hingga dua juta perantis setiap tahun. Sementara itu, di United Kingdom (UK), terdapat lebih 100,000 graduan berada dalam pelbagai jenis program latihan perantisan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia