Berita Harian

Debat bahasa Arab beri banyak faedah

- Wan Nur’ain Nadhirah Wan Yahya, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Debat bahasa Arab sering dianggap sukar dan mencabar oleh kebanyakan pelajar. Namun, debat bahasa Arab menjadi platform sesuai kepada pelajar membina potensi dan keyakinan diri.

Debat bahasa Arab juga memberi banyak faedah kepada individu mempelajar­i bidang bahasa Arab terutama pelajar sekolah menengah atau peringkat universiti. Tidak salah jika mereka ingin mencuba terlebih dulu pengalaman dalam dunia debat ini.

Secara jujur, debat bahasa Arab sukar kerana keterbatas­an menguasai bahasa itu, tetapi ia cabaran perlu dihadapi seseorang menyertain­ya. Jadikan kesukaran atau kepayahan itu cabaran dalam memperting­katkan kemampuan diri ke arah lebih positif.

Pendebat Bahasa Arab Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengharumk­an nama Malaysia apabila dinobatkan sebagai Johan Pertanding­an Debat Bahasa Arab Universiti Antarabang­sa (IUADC) di Doha, Qatar, tahun lalu.

Muhammad Muzakkir sebagai pendebat USIM ketika menulis di laman web USIM mengakui debat bahasa Arab sukar tetapi disebabkan minat dan dorongan orang berpengala­man, semuanya menjadi mudah.

Debat bahasa Arab dapat membina potensi diri dengan mengasah kemahiran berfikir dan meningkatk­an kosa kata dalam bahasa itu.

Pembabitan dalam debat pula dapat membina keyakinan diri untuk bercakap di hadapan khalayak ramai dan berani menyuaraka­n pandangan serta buah fikiran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia