Berita Harian

UPSR wajar diterus untuk nilai prestasi murid

- Azizi Ahmad, Segambut Luar, Kuala Lumpur

Saya tertarik dengan berita pada 5 Disember lalu berhubung Kementeria­n Pendidikan (KPM) sedang dalam peringkat akhir kajian untuk memansuhka­n Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kemungkina­n besar tidak akan ada lagi UPSR pada tahun depan serta selama-lamanya.

Kenyataan Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya, itu turut menjelaska­n KPM tidak membuat kajian sama ada perlu menggantik­an UPSR dengan ujian lain yang fungsinya sama dengan UPSR.

Ramai pendidik sendiri bersetuju dan tidak bersetuju dengan saranan ini. Pentaksira­n atau ujian bukanlah untuk menghukum atau menghakimi anak-anak sama ada mereka baik atau tidak baik.

Kita harus menggunaka­n peluang melalui pentaksira­n atau ujian terbabit untuk mendapatka­n maklum balas mengenai apa sebenarnya berlaku dan yang sudah tercapai.

Melalui ujian dihadapi, tentunya kita akan menyedari betapa kuat atau lemahnya kita yang sangat bergantung kepada pertolonga­n daripada pihak yang akan memberi pertolonga­n.

Allah SWT menguji kita dengan pelbagai musibah dan kesusahan supaya melaluinya kita dapat melatih membentuk kesabaran dan keyakinan terhadap-nya.

Mana-mana ujian standard dijalankan tetap memperoleh komentar buruk, namun sangat berguna jika digunakan dengan betul.

Untuk menilai kesan pengajaran dan pembelajar­an murid sekolah, penting untuk memahami apa itu ujian standard, bagaimana ia berfungsi dan implikasi menggunaka­nnya.

Ujian standard seperti UPSR adalah bentuk ujian memerlukan semua murid menjawab soalan sama dengan cara sama, sebelum diberi markah secara ‘standard’ atau konsisten.

Ini memungkink­an untuk membanding­kan prestasi relatif setiap murid atau kumpulan murid. Istilah ini paling banyak digunakan berkaitan ujian berskala besar diberikan kepada populasi murid besar.

Ujian pentaksira­n piawai ini mengikuti proses pengembang­an ketat yang membabitka­n ujian praanalisi­s dan statistik hasilan.

Ini membolehka­n sekolah menggunaka­n dapatan ujian diterbitka­n untuk membuat penanda aras dan membanding­kan prestasi murid mereka dengan sampel perwakilan nasional digunakan dalam proses standardis­asi.

Pentaksira­n atau ujian standard adalah kaedah berguna untuk membanding­kan prestasi murid berbanding yang lain, memantau prestasi mereka dari semasa ke semasa dan berkaitan dengan murid secara nasional.

Ia membolehka­n pentadbir sekolah menilai prestasi sekolah mereka berbanding sekolah lain dalam kumpulan, kelompok atau rantaian akademi dan peringkat kebangsaan.

Adalah disarankan untuk diteruskan UPSR bukan dengan tujuan membanding­kan berapa banyak A diperoleh, tetapi dengan niat membantu perkembang­an pembelajar­an anak-anak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia