Berita Harian

Lukisan mural di Laman Samudera tarikan terbaru Mersing

-

Mersing: Daerah Mersing yang terkenal dengan keindahan pulau dan pantai peranginan sering menjadi destinasi pilihan pelancong, terutama mereka yang gemar melakukan aktiviti seperti selam skuba dan selam snorkel.

Namun, kini satu lagi tarikan terbaru di Mersing diwujudkan iaitu lukisan mural di Laman Samudera yang terletak berhampira­n jeti penumpang Mersing yang hanya mengambil masa tiga minit berjalan kaki.

Pelbagai corak lukisan mural yang menarik dan kreatif bertemakan lautan, hutan serta taman negara menghiasi Laman Samudera di Jalan Abu Bakar di sini, untuk dinikmati pelancong ketika menyusuri lorong dan bangunan lama sekitar bandar kecil ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing (MDM), Norazmi Amir Hamzah, berkata Laman Samudera yang menjadi lokasi tumpuan pejalan kaki sudah dibaik pulih dan dinaik taraf selepas melihat potensinya menjadi tarikan terbaru pelanconga­n di daerah ini.

“Lukisan itu hasil kreativiti sembilan anak tempatan dengan konsep hutan dan taman negara sedang disiapkan.

“Kami juga merancang membuat konsep sejarah berkaitan Mersing bagi mengangkat potensi karya tempatan,” katanya.

Norazmi berkata, MDM juga merancang menjadikan lorong itu tempat beriadah pilihan penduduk, sekali gus dapat membantu masyarakat menjana pendapatan dan menyumbang kepada peningkata­n ekonomi setempat.

“Inisiatif dilaksanak­an ini dapat menarik minat pelancong bergambar dan berkongsi di laman sosial mereka seperti Instagram serta Facebook, sekali gus mempromosi (secara percuma) destinasi menarik untuk dilawati di Mersing,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Suria Kerel, 31, berkata Laman Samudera antara lokasi wajib dilawati dan merakam gambar kenangan.

“Latar belakang lukisan mural ini sangat menarik. Saya berharap projek seumpama ini diperluas di lokasi lain yang bersesuaia­n supaya pelancong dapat merakam lebih banyak gambar,” kata ibu dua anak itu. BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Lukisan mural menghiasi lorong tumpuan pejalan kaki Samudera berhampira­n jeti bandar kecil Mersing. di Laman
(Foto BERNAMA) Lukisan mural menghiasi lorong tumpuan pejalan kaki Samudera berhampira­n jeti bandar kecil Mersing. di Laman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia