Berita Harian

Promosi pakej RM1 caj malam kedua

Inisiatif MOTAC melalui Hotel Seri Malaysia semarak pelanconga­n domestik

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui rangkaian Hotel Seri Malaysia menawarkan promosi bilik dengan hanya RM1 untuk penginapan malam kedua bagi setiap tempahan penginapan malam pertama pada kadar RM188.

MOTAC dalam kenyataan, berkata pakej promosi hotel di bawah kementeria­n itu sedang berlangsun­g dan berakhir 31 Disember ini dengan tertakluk kepada terma dan syarat.

“Pakej termasuk sarapan untuk dua orang dan potongan 20 peratus untuk jumlah keseluruha­n bil makan dan minum.

“Dengan hampir 2,000 bilik penginapan di 21 lokasi strategik seluruh negara, Hotel Seri Malaysia menawarkan pelbagai kemudahan seperti bilik penginapan, kolam renang, bilik mesyuarat, wifi dan aktiviti rekreasi.

“Selain itu, Kafe RASA RASA Seri Malaysia menampilka­n konsep moden dan sentuhan chef selebriti tempatan untuk memberi keselesaan serta kelainan kepada pengunjung dengan harga berpatutan,” kata kenyataan itu di sini, semalam.

Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri dalam kenyataan itu, dipetik berkata promosi berkenaan inisiatif hotel berkenaan untuk menggalakk­an percutian dalam negara dengan amalan norma baharu.

Beliau berkata, ia seiring dengan Kempen Penyemarak­an Pelanconga­n Domestik dilancarka­n kementeria­nnya sebelum ini.

Hotel Seri Malaysia sentiasa mengutamak­an kesihatan, kebersihan pengunjung dan persekitar­an sebagai objektif utama dalam operasi perhotelan dengan memastikan prosedur operasi standard pencegahan COVID-19 dilaksanak­an dengan ketat di semua premisnya, menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapatka­n maklumat lanjut berhubung promosi itu di talian 03-2299 777 atau e-mel kepada central@serimalays­ia.com.my, manakala tempahan bilik boleh dibuat terus di mana-mana cawangan Hotel Seri Malaysia atau melalui rsvn@serimalays­ia.com.my. BERNAMA

 ??  ?? Hotel Seri Malaysia menawarkan pakej istimewa RM1 bagi penginapan malam kedua sehingga 31 Disember ini.
Hotel Seri Malaysia menawarkan pakej istimewa RM1 bagi penginapan malam kedua sehingga 31 Disember ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia