Berita Harian

MATTA gesa contohi Sabah

-

Kota Kinabalu: Langkah Sabah memberi bantuan kewangan sekali bagi RM4,000 kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pelanconga­n diharap dicontohi negeri lain.

Presiden Persatuan Ejen-ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia (MATTA), Datuk Tan Kok Liang, berkata insentif itu membantu pengusaha pelanconga­n di negeri ini terus bertahan dalam situasi semasa.

“Kami menghargai pemberian geran khas RM4,000 kepada syarikat pelanconga­n di Sabah.

“MATTA mempunyai lebih 500 ahli mempunyai agensi pelanconga­n berlesen di Sabah,” katanya dalam kenyataan, kelmarin.

Kok Liang berkata, pihaknya menghargai pemberian geran RM30,000 untuk MATTA Sabah termasuk RM10,000 bagi program latihan.

Tan Kok Liang

 ??  ??
 ??  ?? Pulau Sipadan di Semporna, Sabah menjadi destinasi pilihan pelancong luar dan dalam negeri yang gemar dengan aktiviti menyelam.
Pulau Sipadan di Semporna, Sabah menjadi destinasi pilihan pelancong luar dan dalam negeri yang gemar dengan aktiviti menyelam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia