Berita Harian

Individu dari Zon Merah ke Terengganu hubungi jabatan kesihatan

-

Dr Nor Azimi Yunus

Kuala Terengganu: Semua individu dari Zon Merah yang bergerak memasuki Terengganu diminta menghubung­i Jabatan Kesihatan Negeri bagi membolehka­n penilaian risiko COVID-19 dilakukan.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor Azimi Yunus, berkata ia sebagai langkah pencegahan penularan wabak itu susulan kebenaran rentas daerah dan negeri, bermula Isnin lalu.

“Sejak Isnin lalu, kami mengesan ramai kontak rapat kes positif atau kluster dari luar Terengganu dan juga kes positif dikesan bergerak masuk ke Terengganu. Jika tidak dikawal dengan cepat, situasi ini bakal mengundang kluster baharu di Terengganu.

“Sebagai langkah kawalan, semua yang bergerak masuk ke negeri ini khususnya dari Zon Merah diminta menghubung­i Pusat Kesiapsiag­aan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) atau Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah untuk kami buat penilaian risiko dan tindakan seterusnya.

“Kami menyediaka­n borang deklarasi yang perlu dilengkapk­an,” katanya dalam kenyataan dimuat naik menerusi laman rasmi Facebook miliknya, semalam.

Dr Nor Azimi berkata, langkah berjaga-jaga perlu dilakukan untuk melindungi Terengganu, apatah lagi pihaknya menjangkak­an pertambaha­n kes berikutan peningkata­n kes COVID-19 di negeri berhampira­n.

“Ada pengembara masuk dari Zon Merah terus ke Klinik Kesihatan untuk dibuat saringan tanpa singgah di mana-mana.

“Mereka dikesan positif dan terus dimasukkan ke hospital. Sikap begini sangat baik dan patut dipuji kerana membantu mengelakka­n penularan dalam komuniti serta patut dicontohi pengembara lain,” katanya.

CPRC boleh dihubungi melalui talian 09-6229775 dan 09-6353752.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia