Berita Harian

Youtuber direman kes cabul wanita

-

Kota Bharu: Seorang Youtuber semalam direman dua hari bagi membantu siasatan dakwaan mencabul seorang wanita berusia 24 tahun.

Perintah reman sehingga hari ini itu dikeluarka­n oleh Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Terdahulu suspek yang berusia 22 tahun, tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu jam 10.35 pagi semalam dengan diiringi polis.

Siasatan ke atas pengguna media sosial yang juga penerbit dan pengarah drama itu dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK).

Media sebelum ini melaporkan mengenai satu laporan polis dibuat mangsa terhadap suspek yang beralamat di Kuantan, Pahang itu pada Jumaat lalu berhubung dakwaan dicabul lelaki terbabit.

Ia dikatakan berlaku selepas sesi penggambar­an sebuah drama arahan suspek pada pagi 2 Ogos lalu di sebuah inap desa di Kubang Kerian, di sini.

Laporan itu menyatakan, suspek mencium, memeluk dan meraba mangsa yang juga pelakon drama itu ketika mangsa berseorang­an dalam sebuah bilik tidur di tempat kejadian.

 ??  ?? Seorang Youtuber ditahan reman di Mahkamah Majistret Kota Bharu, semalam.
Seorang Youtuber ditahan reman di Mahkamah Majistret Kota Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia