Berita Harian

56 maut nahas babit aktiviti berbasikal di jalan raya

PDRM nasihat pilih lokasi, masa sesuai elak bahaya

- Oleh Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 56 kematian daripada 137 kes kemalangan membabitka­n penunggang basikal di negara ini sejak awal Januari hingga Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, berkata selain 56 kematian, 18 lagi cedera dan 63 cedera ringan.

Katanya, tahun lalu, JSPT merekodkan sejumlah 201 kes membabitka­n 107 kematian, 35 parah manakala 59 cedera ringan.

Beliau berkata, polis tidak melarang aktiviti berbasikal di jalan raya, namun penunggang perlu patuh undang-undang jalan raya kerana kegagalan berbuat demikian boleh mengundang bahaya.

“Penunggang basikal juga dimestikan mematuhi setiap aspek keselamata­n yang ditetapkan mengikut Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 dan Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

“Sejak kebelakang­an ini aktiviti berbasikal di jalan raya menjadi satu trend baharu masyarakat Malaysia sehingga menimbulka­n pelbagai reaksi.

“Aktiviti ini dilihat mendatangk­an bahaya kepada penunggang basikal itu sendiri dan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Azisman berkata, mereka yang ingin melakukan aktiviti sedemikian dinasihatk­an memilih lokasi dan masa yang sesuai seperti di lokasi yang kurang kenderaan dan bukan di waktu puncak ketika orang ramai pergi dan balik kerja.

Katanya, pemandu kenderaan seperti lori, bas, kereta, motosikal dan seumpamany­a turut diingatkan supaya bertimbang rasa dan lebih berhati-hati kerana penunggang basikal amat terdedah kepada bahaya.

Selain itu, katanya, pemilik basikal perlu memastikan peralatan dan basikal yang digunakan mempunyai ciri-ciri keselamata­n termasuk menggunaka­n ‘roof rack carrier’ (rak pembawa barang pada bumbung)

Penunggang yang ingin melakukan

pada kenderaan yang digunakan untuk membawa basikal.

Katanya, pemilik atau penunggang basikal yang gagal mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan mengikut APJ 1987 dan Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

“Mereka yang menunggang secara melulu dan membahayak­an boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 54(1) APJ 1987 dan boleh denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM5,000 selain boleh dipenjara tidak lebih 12 bulan.

“Bagi mereka yang gagal mematuhi papan tanda lalu lintas yang melarang berbasikal di lebuh raya pula boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79(2) APJ 1987 dan boleh didenda tidak kurang RM200 dan tidak lebih RM2,000,” katanya.

Seksyen 112(3) APJ 1987 pula memperuntu­kkan mana-mana basikal boleh disita jika didapati sesuatu kesalahan dilakukan dengannya.

Selain itu, basikal yang tidak dipasang lampu depan dan belakang boleh dikenakan tindakan mengikut Kaedah 35 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau dipenjara tidak lebih enam bulan.

 ?? (Foto hiasan) ?? memilih lokasi dan masa yang sesuai. aktiviti berbasikal dinasihatk­an
(Foto hiasan) memilih lokasi dan masa yang sesuai. aktiviti berbasikal dinasihatk­an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia