Berita Harian

PROLINTAS edar 100,000 pelekat kenderaan

-

Shah Alam: Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) mengedarka­n 100,000 pelekat kenderaan kepada pengguna di empat lebuh raya kendaliann­ya sempena sambutan Hari Pencegahan Rasuah Antarabang­sa 2020.

Pengedaran pelekat kenderaan bersempena sambutan Hari Integriti 2020 yang bertemakan ‘Putuskan Rantaian Rasuah’ adalah sebahagian usaha PROLINTAS meningkatk­an kesedaran pengguna lebuh raya mengenai kepentinga­n memerangi gejala rasuah.

Usaha PROLINTAS itu mendapat pengiktira­fan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) yang meletakkan syarikat itu sebagai yang pertama mengedarka­n pelekat kenderaan terbanyak di Malaysia.

Majlis perasmian pengedaran pelekat kenderaan itu disempurna­kan Pengarah Bahagian Urus Tadbir Sektor Awam, Suruhanjay­a Pencegahan

Rasuah (SPRM), Datuk Nor Azmi Karim disaksikan Ketua Pegawai Operasi (Kewangan) PROLINTAS, Malik Parvez Ahmad di bangunan operasi Alam Impian, Lebuh Raya Kemuningsh­ah Alam (LKSA).

Pelekat kenderaan berkenaan diedarkan dalam masa satu hari di Lebuh Raya Bertingkat Ampangkual­a

Lumpur (AKLEH), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE), Lebuh Raya Kajang SILK (SILK) dan LKSA.

Ketua Pegawai Eksekutif PROLINTAS, Datuk Mohammad Azlan Abdullah, berkata program itu membuktika­n komitmen PROLINTAS terhadap amalan integriti dalam menjalanka­n perniagaan.

 ??  ??
 ?? (Foto ihsan PROLINTAS) ?? Nor Azmi menampalka­n pelekat selepas majlis perasmian Hari Integriti 2020 di Plaza Tol Alam Impian. Yang turut kelihatan Malik Parvez (kanan).
(Foto ihsan PROLINTAS) Nor Azmi menampalka­n pelekat selepas majlis perasmian Hari Integriti 2020 di Plaza Tol Alam Impian. Yang turut kelihatan Malik Parvez (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia