Berita Harian

Bekas CEO TTITC maut nahas motosikal

Mangsa tercampak selepas rempuh belakang kereta

- Oleh Nurul Fatihah Sulaini bhnews@bh.com.my

Permaisuri: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pusat Latihan Perkayuan Terengganu (TTITC) maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang­nya merempuh kereta di Rhu 10, Pantai Penarik, Jalan Kuala Terengganu-kota Bharu di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 11.35 pagi, Datuk Ajlan Mohamad, 61, meninggal di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superinten­dan Afandi Hussin, berkata nahas dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara dari arah Penarik hendak membelok ke simpang kanan Kampung Pandan Jaya.

“Tiba-tiba mangsa menunggang motosikal Harley Davidson datang dari arah Kampung Fikri melanggar belakang kereta, menyebabka­nnya tercampak dan mangsa meninggal di lokasi kejadian.

“Pemandu kereta tidak cedera.

Ajlan (gambar kecil) maut

Ayah tidak menunjukka­n perubahan. Dia sangat meminati dunia permotoran sejak berpuluh tahun lalu.

Mayat dibawa ke Hospital Daerah Setiu untuk bedah siasat,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, anak arwah, Aiman, berkata kali terakhir dia bertemu ayahnya malam kelmarin di rumah.

“Kebetulan malam tadi (kelmarin) saya pulang ke kampung bercuti. Ayah tidak menunjukka­n perubahan. Dia sangat meminati dunia permotoran sejak berpuluh tahun lalu,” katanya.

Aiman berkata, arwah bapanya yang juga bapa lima anak itu pergi ke Setiu awal pagi semalam untuk berjumpa rakannya.

“Kami mendapat berita kemalangan setelah dimaklumka­n rakannya di tempat kejadian.

“Jenazah akan dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Jembal malam ini,” katanya.

Anak

 ?? (Foto ihsan pembaca) ?? selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang­nya merempuh kereta di Rhu 10, Jalan Pantai Penarik Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu, semalam.
(Foto ihsan pembaca) selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggang­nya merempuh kereta di Rhu 10, Jalan Pantai Penarik Jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia