Berita Harian

Wanita terbunuh kemalangan dua kereta bertembung

-

Lahad Datu: Seorang wanita maut, manakala dua pemandu lelaki parah selepas kenderaan dinaiki bertembung dalam kejadian di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu - Tawau, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.15 petang itu, kemalangan membabitka­n sebuah Toyota Revo yang dipandu lelaki berusia 25 tahun dan Nissan Grand Livina yang dinaiki pasangan suami isteri berusia 59 dan 36 tahun.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad, berkata siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas kenderaan Toyota Revo berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke laluan bertentang­an.

Katanya, Toyota Revo berkenaan terus merempuh kenderaan pasangan suami isteri ketika berada di selekoh berbukit.

“Akibat daripada kejadian itu, semua mangsa yang terbabit parah dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatka­n rawatan kecemasan.

“Sebaik tiba di hospital, penumpang wanita disahkan meninggal dunia, manakala dua lagi pemandu masih menerima rawatan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Rohan berkata, siasatan mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu Toyota Revo sehingga menyebabka­n kenderaann­ya terbabas.

Bagaimanap­un katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

“Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang menyaksika­n kejadian supaya tampil untuk membantu siasatan lanjut.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubung­i pegawai penyiasat trafik Inspektor Muhammad Rasul Ramlee ditalian 089-881255 sambungan 414,” katanya.

Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, diketuai Penolong Penguasa Bomba, Sumsoa Rashid turut berada di lokasi kejadian bagi membantu mengeluark­an mangsa yang tersepit dalam kenderaan.

 ??  ?? Anggota bomba mengeluark­an mangsa tersepit dalam nahas di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu - Tawau, kelmarin.
Anggota bomba mengeluark­an mangsa tersepit dalam nahas di Kilometer 36, Jalan Lahad Datu - Tawau, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia