Berita Harian

Mayat bayi ditemui dalam beg plastik

-

Sekinchan: Mayat bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui dalam beg plastik di kebun kelapa sawit yang berdekatan dengan rumah penduduk di Kampung Tali Air 11, Pasir Panjang, di sini jam 8.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superinten­dan Agus Salim Mohd Alias, berkata mayat bayi itu ditemui orang awam.

“Mayat bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan berdasarka­n tali pusat yang masih bersambung selain terdapat najis bayi di dalam beg.

“Hasil pemeriksaa­n perubatan mengesahka­n bayi itu meninggal dunia kurang 24 jam berdasarka­n keadaan darah yang belum kering dan terdapat najis.

“Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembuny­ikan kelahiran dan menyebabka­n kematian,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia