Berita Harian

Melaka, Negeri Sembilan adakan rundingan lanjut

-

Ayer Keroh: Kerajaan Melaka akan mengadakan rundingan lanjut berhubung perjanjian bekalan air bersih tambahan dari Negeri Sembilan dalam tempoh terdekat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkata rundingan itu akan membabitka­n Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dan Badan Kawal Selia Air (BKSA) negeri.

“(Perkara itu) akan dibincangk­an,” katanya ringkas pada sidang media selepas menyampaik­an ucapan penangguha­n pada hari terakhir Persidanga­n Ketiga (Bajet), Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-14 di Seri Negeri, di sini, semalam.

Rabu lalu, kerajaan Negeri Sembilan menerusi Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS) sedia menyambung perjanjian membekalka­n air bersih tambahan kepada Melaka melalui SAMB yang akan tamat pada 31 Disember ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai halangan sekiranya kerajaan Melaka mahu meneruskan perjanjian bekalan air itu.

Majlis menandatan­gani perjanjian persefaham­an (MOU) antara kedua-dua pihak bagi membekalka­n air bersih tambahan itu ditandatan­gani 19 Jun tahun lalu.

Menerusi perjanjian itu, SAINS membekalka­n 12 juta liter air bersih tambahan sehari (mld) pada kadar RM1.40 untuk setiap meter padu.

Dalam perkembang­an lain, Sulaiman menafikan dakwaan Pakatan Harapan (PH) negeri Belanjawan Melaka 2021 yang diluluskan kelmarin, peruntukan khas bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Katanya, lebih RM54 juta peruntukan daripada keseluruha­n belanjawan terbabit sebenarnya untuk kepentinga­n umum dan akan dikembalik­an kepada rakyat.

“Tiada satu pun yang saya bentangkan (belanjawan) menuju kepada PRU-15, itu adalah pandangan masing-masing dan saya tidak beranggapa­n begitu kerana apa yang saya buat adalah khusus untuk rakyat yang sepatutnya menerima nikmat limpahan ekonomi di negeri ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia