Berita Harian

Ringgit cecah paras tertinggi lebih dua tahun

-

Ringgit mencecah paras tertinggin­ya sejak Julai 2018 semalam, apabila meningkat buat minggu ketujuh berturut-turut didorong kenaikan harga minyak mentah.

Penganalis­is Pasaran FXTM, Han Tan, berkata kenaikan harga minyak mentah melepasi paras AS$50 satu tong buat kali pertama sejak Mac menjadi pemacu utama kepada pengukuhan mata wang tempatan itu.

“Ringgit dilihat menyerap tekanan daripada data pengeluara­n perindustr­ian Oktober yang lebih rendah daripada jangkaan dengan faktor luaran kekal menjadi pemacu utama kepada pergerakan­nya,” katanya.

Tan berkata, minat risiko kekal dipengaruh­i oleh perkembang­an vaksin COVID-19 di seluruh ekonomi utama serta perkembang­an berkaitan dengan rangsangan fiskal Amerika Syarikat (AS) yang baharu.

Katanya, Mesyuarat Jawatankua­sa Pasaran Terbuka Persekutua­n AS (FOMC) akan datang menyediaka­n lebih banyak petunjuk mengenai rancangan Rizab Persekutua­n (Fed) untuk menyokong ekonomi AS.

“Isyarat seperti itu dapat meningkatk­an tekanan ke atas dolar AS, sementara membenarka­n kenaikan lebih banyak untuk seluruh pasaran tukaran asing.

“Untuk minggu akan datang, jika ringgit berjaya menjangkau­i paras di bawah 4.05, maka mata wang Malaysia hanya menunggu masa untuk mencecah paras 4.00,” katanya.

Prestasi ringgit itu sekali gus mengetepik­an sepenuhnya sentimen kurang positif semakan Fitch Ratings ke atas penarafan kemungkira­n penerbit (IDR) mata wang asing jangka panjang Malaysia kepada BBB+ daripada A-, minggu lalu.

Sementara itu, pasaran saham tempatan juga meneruskan kenaikanny­a apabila kekal positif lima hari berturut-turut sebelum mengakhiri minggu ini untuk ditutup pada paras tertinggi sejak 4 Julai 2019.

Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang mencecah 1,684.58 mata ketika ditutup semalam, disokong lonjakan aktiviti belian dalam saham perbankan.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata saham Public Bank meningkat 8.4 peratus, manakala institusi perbankan lain termasuk Maybank mencatat kenaikan sebanyak 6.3 peratus sekali gus menyokong FBM KLCI.

Katanya, faktor pemulihan ekonomi yang menyaksika­n banyak syarikat ingin mengembang­kan perniagaan sekali gus menyokong pertumbuha­n pinjaman di mana memberi rangsangan kepada sektor perbankan.

“Harus diingatkan bahawa Public Bank dan Maybank, kedua-dua saham ini antara syarikat yang mempunyai permodalan pasaran yang terbesar dalam Bursa Malaysia. Oleh itu, kenaikan harga saham mereka akan banyak mempengaru­hi pergerakan FBM KLCI.

“Ada juga kemungkina­n pelabur institusi mengambil kesempatan untuk meningkatk­an pegangan mereka dalam sektor perbankan memandangk­an ekonomi dijangka akan pulih pada 2021.

“Bagaimanap­un, terdapat kemungkina­n kenaikan paras FBM KLCI akan terhenti seketika pada minggu seterusnya bulan ini memandangk­an aktiviti pelaburan selalunya kurang aktif pada akhir tahun,” katanya kepada BH.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia