Berita Harian

PSEPBV temui hidrokarbo­n di Surinam

-

PETRONAS menerusi anak syarikatny­a, Petronas Surinam E&P B.V. (PSEPBV), berjaya membuat penemuan sulung hidrokarbo­n di Republik Surinam susulan usaha penggerudi­an telaga Sloanea-1 di Blok 52.

PSEPBV adalah pengendali Blok 52 dan memegang 50 peratus kepentinga­n penyertaan dengan baki kepentinga­n dipegang oleh Exxonmobil Exploratio­n and Production Suriname B.V.

“Kami gembira dengan keputusan positif membabitka­n telaga itu setakat ini. Kejayaan ini akan menjadi pendorong untuk PETRONAS meneruskan lagi usaha di Suriname yang juga antara lembangan tumpuan kami di Amerika.

“Oleh itu, kami berharap untuk meneruskan kejayaan kerjasama dengan Exxonmobil selain memperkuku­h hubungan dengan kerajaan Republik Surinam sebagai rakan penyelesai­an selain bergerak ke arah penawaran tenaga bersih ke pasaran,” kata Naib Presiden Eksplorasi, Huluan PETRONAS, Emeliana Rice-oxley dalam satu kenyataan.

Blok 52 meliputi kawasan seluas 4,749 kilometer persegi di utara dan pesisiran Paramaribo, ibu negara Surinam dan terletak di lembangan Surinam-guyana yang sebelum ini menyaksika­n penemuan beberapa medan hidrokarbo­n besar.

Telaga Sloanea-1 itu digerudi sehingga cecah kedalaman 4,780 meter menggunaka­n pelantar Maersk Developer.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia