Berita Harian

IHH Healthcare sedia urus vaksin COVID-19

-

IHH Healthcare Bhd bersedia untuk menguruska­n vaksin COVID-19 sebaik diedarkan di 10 negara di mana kumpulan penjagaan kesihatan itu beroperasi.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kelvin Loh Chi-keon, berkata syarikat itu mempunyai 55,000 kakitangan terlatih merentasi 80 hospital yang dikendalik­annya dari Turki sehingga ke Singapura.

Katanya, IHH Healthcare juga mempunyai kemudahan penyimpana­n sejuk beku yang diperlukan untuk menyimpan vaksin berkenaan.

“Kita masih terus bertarung dengan COVID-19 dan IHH Healthcare bersedia menyokong mana-mana kerajaan yang menyediaka­n vaksin di negara kami beroperasi,” katanya.

Sistem kesihatan di seluruh dunia mengalihka­n tumpuan daripada penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) hingga kepada pengedaran, susulan berita vaksin daripada Pfizer Inc, Moderna Inc dan Astrazenec­a Plc.

Di India, Apollo Hospitals Enterprise Ltd minggu ini mengumumka­n sedia untuk menyuntik sejuta orang sehari selepas kerajaan mendedahka­n rancangan penempatan.

Bagi IHH, imunisasi itu hadir tepat pada masa apabila pelanconga­n perubatan, sumber pendapatan utama untuk hospital itu, sudah hilang susulan banyak negara menutup pintu sempadan.

Hospital di Malaysia, pasaran utama bagi IHH Healtchare, mungkin meraih pendapatan RM500 juta daripada pelanconga­n perubatan tahun ini, menurut Majlis Pelanconga­n Kesihatan Malaysia (MHTC).

Angka itu jauh lebih rendah berbanding yang diraih industri itu pada 2019 iaitu sebanyak RM1.7 bilion dan daripada sasaran awalnya pada tahun 2020 iaitu RM2 bilion. BLOOMBERG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia