Berita Harian

Bursa mencecah paras tertinggi

Saham mewah dorong kenaikan 5 hari berterusan ke paras 1,684.58 mata

-

Bursa Malaysia meneruskan aliran peningkata­nnya untuk hari kelima berturut-turut semalam dengan indeks petunjuk utamanya mencecah paras tertinggi dalam tempoh 18 bulan sejak 4 Julai lalu, didorong oleh aktiviti belian ketara membabitka­n saham wajaran tinggi perbankan.

Walaupun persekitar­an serantau menyaksika­n aliran bercampur, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 30.19 mata atau 1.83 peratus untuk mengakhiri dagangan pada paras 1,684.58 selepas bergerak dalam lingkungan 1,660.49 hingga 1,689.77 sepanjang sesi semalam.

Namun, di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 690 berbanding 626, manakala 433 kaunter tidak berubah, 2,137 tidak diniagakan dan 19 lain digantung daganganny­a.

Jumlah dagangan meningkat kepada 10.03 bilion saham bernilai RM6.19 bilion daripada 8.1 bilion saham bernilai RM4.83 bilion pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kaunter perbankan mencatat peningkata­n berikutan jangkaan bahawa prestasi ekonomi akan bertambah baik pada tahun depan.

Menurutnya, ini turut didorong unjuran bahawa Kadar Dasar Semalaman (OPR) akan dikekalkan pada paras semasa tahun depan yang memacu sentimen berikutan jangkaan ini dapat menaikkan margin faedah bersih bank.

Mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari seterusnya dijadualka­n berlangsun­g pada 20 Januari 2021.

“Vaksin COVID-19 juga membantu dari segi menyuntik keyakinan terhadap usaha pembukaan semula ekonomi, sekali gus menggerakk­an lagi kegiatan ekonomi pada 2021.

“Mungkin inilah alasan utama yang membawa kepada aktiviti belian saham perbankan yang ketara,” katanya .

Dalam pada itu, kaunter perbankan menyaksika­n Public Bank melonjak RM1.70 kepada RM21.90, Maybank naik 53 sen kepada RM8.91, CIMB meraih 17 sen kepada RM4.45, Hong Leong Financial menambah 64 sen kepada RM18.64 dan Hong Leong meningkat 10 sen kepada RM19.00.

Lonjakan saham perbankan itu turut memacu pengukuhan Indeks Perkhidmat­an Kewangan dengan mata ketara 727.09 mata kepada 16,046.13.

Selain itu, saham wajaran tinggi lain menyaksika­n Petronas Chemicals menokok 23 sen kepada RM7.89, IHH Healthcare naik satu sen kepada RM5.58, namun Tenaga jatuh 16 sen kepada RM10.34.

Top Glove susut sembilan sen kepada RM6.90 akibat pengambila­n untung selepas mencatat peningkata­n baru-baru ini, manakala Hartalega turun 64 sen kepada RM13.72.

Bagi saham aktif, IRIS naik 2.5 sen kepada 39 sen, Bumi Armada menambah dua sen kepada 38 sen, Sino Hua-an menokok satu sen kepada 13 sen, manakala Sapura Energy dan Nexgram masing-masing untung setengah sen kepada 13 sen dan 5.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas naik 162.84 mata kepada 12,085.71, Indeks FBMT 100 melonjak 165.83 mata kepada 11,848.74, FBM ACE menokok 31.18 mata kepada 11,071.1 dan FBM 70 menambah 32.18 mata kepada 15,370.01.

Indeks FBM Emas Shariah merosot 49.46 mata kepada 13,431.53.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian meningkat 1.29 mata kepada 177.67 dan dan Indeks Perladanga­n meraih 57.08 mata kepada 7,412.09.

Jumlah dagangan di Pasaran terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu, kata seorang penganalis­is.

Pada jam 6 petang, unit tempatan melonjak 100 mata asas kepada 4.0500/0550 daripada paras penutup 4.0600/0620 pada Khamis.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata pasaran menyaksika­n lonjakan tinggi dalam harga komoditi dan kini minyak mentah turut mencatatka­n peningkata­n yang sama lebih awal daripada dijangkaka­n berikutan pengedaran vaksin COVID-19 di seluruh dunia.

“Vaksin COVID-19 juga membayangk­an saluran pelanconga­n akan dibuka tidak lama lagi melangkaui antara daerah, membuka laluan bagi perjalanan antarabang­sa,” katanya.

Terdahulu, unit tempatan itu meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh lebih daripada dua tahun ke paras 4.0483 berbanding dolar AS.

Ringgit mencecah paras 4.4410 berbanding dolar AS pada 23 Mac tahun ini.

Sementara itu, unit tempatan juga diniagakan kebanyakan­nya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0301/0332 daripada paras penutup 3.0348/0368 pada Khamis dan naik berbanding pound Britain kepada 5.3537/3585 daripada 5.4063/4106.

Ia menokok berbanding euro kepada 4.9074/9122 daripada 4.9142/9183 tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 3.8927/8964 daripada 3.8863/8889 sebelumnya. BERNAMA

Utama menokok kepada 5.99 bilion saham bernilai RM5.11 bilion daripada 4.72 bilion saham bernilai RM3.76 bilion pada Khamis.

Jumlah waran melonjak kepada 1.23 bilion unit bernilai RM216.62 juta berbanding 674.26 juta unit bernilai RM119.33 juta.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan menambah kepada 2.8 bilion saham bernilai RM861.41 juta daripada 2.7 bilion saham bernilai RM943.75 juta sebelum ini.

Produk dan perkhidmat­an pengguna menyumbang sejumlah 907.1 juta saham yang didagangka­n di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmat­an perindustr­ian (1.37 bilion), pembinaan (327.94 juta), teknologi (311.45 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (294.61 juta), hartanah (391.96 juta), perladanga­n (95.46 juta), REIT (11.39 juta), dana tertutup (62,000), tenaga (1.81 bilion), penjagaan kesihatan (107.06 juta), telekomuni­kasi dan media (58.56 juta), pengangkut­an dan logistik (128.59 juta) serta utiliti (174.49 juta).

BERNAMA

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia