Berita Harian

Aktivis Thailand minta bantuan PBB

-

Bangkok: Penunjuk perasaan prodemokra­si Thailand meraikan’ Hari Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kelmarin dengan demonstras­i menuntut penghapusa­n undang-undang hina monarki yang tegar di negara itu.

Undang-undang merujuk kepada Artikel 112 Kanun Jenayah Thailand itu kembali digunakan baru-baru ini selepas tiga tahun, bagi mendakwa lebih 20 aktivis gerakan tunjuk perasaan.

Antaranya, Somyot Prueksakas­emsuk, kelmarin mengutus surat menggesa PBB memberi tekanan kepada Kerajaan Thailand supaya berhenti menggunaka­nnya terhadap mereka yang menegur institusi diraja negara itu.

Beliau, yang juga bekas pengarang majalah, sebelum ini dipenjara selama tujuh tahun atas sabitan menyiarkan artikel dianggap melanggar undang-undang menghina monarki atau lese majeste itu.

“Artikel 112 adalah undang-undang lapuk yang tidak dipersetuj­ui negara lain kerana ia menghalang orang ramai menyatakan pendapat secara bebas dan kerajaan menggunaka­nnya bagi menghancur­kan pihak lawan,” katanya.

Jika bersabit tuduhan, seseorang boleh dipenjara antara tiga hingga 15 tahun di bawah undang-undang kontrovers­i itu kerana sesiapa saja boleh membuat laporan dan ia sering digunakan bagi membalas dendam, khususnya di arena politik.

Somyot berkata, kumpulan prodemokra­si akan menghantar wakil ke Persidanga­n Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, Switzerlan­d, pada Mei 2021.

Tunjuk perasaan semalam diadakan serentak dengan Hari Perlembaga­an Thailand, yang juga cuti umum kebangsaan, menandakan penerimaan negara terhadap Perlembaga­an pertamanya pada 1932.

Tunjuk perasaan itu disertai lebih ramai peserta berbanding perhimpuna­n baru-baru ini, membabitka­n puluhan ribu orang, walaupun pihak berkuasa menggunaka­n kontena kapal dan kawat berduri bagi menghalang laluan.

 ?? (Foto EPA) ?? Penunjuk perasaan prodemokra­si berhimpun menuntut penghapusa­n undang-undang Artikel 112 Kanun Jenayah Thailand, kelmarin.
(Foto EPA) Penunjuk perasaan prodemokra­si berhimpun menuntut penghapusa­n undang-undang Artikel 112 Kanun Jenayah Thailand, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia