Berita Harian

Kekayaan 651 bilionair AS bertambah AS$1 trilion

Cetus tuntutan golongan kaya wajar dikenakan cukai lebih tinggi

-

New York: Kekayaan bilionair Amerika Syarikat (AS) meningkat lebih AS$1 trilion (RM4.06 trilion) sejak pandemik COVID-19 bermula, sekali gus mencetuska­n debat sama ada golongan kaya wajar dikenakan cukai lebih tinggi.

Menurut Institut Kajian Dasar dan Keadilan Cukai AS (ATF), kekayaan terkumpul 651 bilionair di AS melonjak daripada AS$2.95 trilion (RM11.98 trilion) pada 18 Mac lalu kepada AS$4.01 trilion (RM16.28 trilion) Isnin lalu.

Pengarah Eksekutif ATF, Frank Clemente, berkata tidak pernah lagi dalam sejarah AS begitu banyak kekayaan dibolot cuma segelintir penduduk.

“Keuntungan mereka semasa pandemik sungguh besar sehinggaka­n bilionair AS ini mampu membiayai pakej kewangan COVID-19 tanpa kehilangan satu sen pun kekayaan yang dikumpul sebelum pandemik melanda.

“Kekayaan AS$1 trilion (RM4 trilion) itu dapat disalurkan sebagai bayaran bantuan COVID-19 sebanyak AS$3,000 (RM12,183) kepada sekitar 300 juta rakyat AS,” katanya.

Penunjuk perasaan

Selasa lalu, Rumah Putih mengemukak­an usul pakej rangsangan berjumlah AS$916 bilion (RM3.71 trilion) dalam usaha terakhir memecah kebuntuan selepas sebulan.

Ia adalah bantuan baharu kepada ekonomi AS yang terjejas akibat COVID-19 sebelum Presiden AS, Donald Trump, berundur pada Januari tahun depan.

Cadangan baharu itu lebih besar daripada pakej AS$908 bilion (RM3.68 trilion) yang diusulkan oleh sekumpulan Senator minggu lalu.

Kajian ATF turut menghangat­kan perdebatan sama ada AS perlu mengenakan cukai lebih tinggi terhadap golongan kaya bagi merapatkan jurang ketidaksei­mbangan pembahagia­n kekayaan.

Wakil rakyat Parti Demokrat, Alexandria Ocasio-cortez, mengusulka­n supaya cukai lebih tinggi dikenakan di New York yang kini berdepan krisis bajet akibat COVID-19, sama seperti beberapa negeri lain di AS.

Menurut kajian Bank UBS dan firma perakaunan, PWC pada Oktober lalu, kekayaan terkumpul bilionair di seluruh dunia berjumlah AS$10.2 trilion (RM41.42 trilion), yang juga rekod baharu mengatasi AS$8.9 trilion (RM36.14 trilion) pada 2017.

Pandemik virus itu menyebabka­n pasaran saham runtuh Mac lalu, namun melonjak kembali dalam sektor teknologi dan kesihatan yang menyaksika­n bilionair tertentu mendapat durian runtuh. AFP

 ?? (Foto AFP) ?? di New York menuntut golongan kaya dikenakan cukai lebih tinggi.
(Foto AFP) di New York menuntut golongan kaya dikenakan cukai lebih tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia