Berita Harian

India kecam latihan tentera China-pakistan

Lokasi dekat sempadan New Delhi cubaan tunjuk kuasa ketenteraa­n

-

Islamabad: Tindakan mengadakan latihan tentera udara China-pakistan berhampira­n sempadan India dilihat sebagai cubaan menunjukka­n kuasa ketenteraa­n, sekali gus menegangka­n lagi hubungan China-india.

Angkatan Tentera Udara Pakistan, dalam satu kenyataan, berkata latihan tentera udara antara ‘Shaheen (Eagle)-ix’ dengan kontinjen Tentera Udara China di padang pasir wilayah Sindh selatan Pakistan itu akan berterusan hingga hujung tahun.

Pegawai pertahanan berkata, ia bertujuan memperbaik­i tahap latihan tempur sebenar selain memberi peluang meningkatk­an saling hubungan antara kedua-dua angkatan tentera udara itu.

Shaheen(eagle)-ix adalah siri kesembilan Latihan Udara Bersama tahunan diadakan antara kedua-dua negara tetapi ini adalah kali pertama lokasinya terlalu

Antara

jet pejuang

hampir dengan sempadan India.

Latihan bermula Rabu lalu itu dilakukan seminggu selepas Menteri Pertahanan China, Jeneral Wei Fenghe, mengunjung­i Pakistan dan menandatan­gani memorandum persefaham­an bagi mengeratka­n kerjasama ketenteraa­n.

China menggunaka­n angkatan jet pejuang termasuk pesawat tempur generasi keempat, Shenyang J-11 dan jet pelbagai guna Chengdu J-10.

Pakistan pula menggunaka­n gabungan pesawat pemintas Chengdu

F-7 buatan China, jet pejuang Mirage 5 buatan Perancis serta JF-17 Thunder yang dihasilkan bersama oleh Pakistan dan China.

Berdasarka­n laporan Nikkei Asia, angkatan tentera udara Pakistan yang merangkumi pesawat buatan Amerika Syarikat (AS), Perancis dan China, kini semakin bergantung kepada China.

Pakistan dan India, yang juga negara kuasa nuklear, sudah berperang beberapa kali dan terbabit dalam pertempura­n di sempadan terutama wilayah Kashmir.

India baru-baru ini menjadi tuan rumah latihan angkatan tentera laut Malabar 2020 dengan AS, Jepun dan Australia, sekali gus menghidupk­an semula ‘Quad’ iaitu pertubuhan bebas terdiri daripada empat negara itu.

Quad kini dilihat sebagai benteng demokratik terhadap ketegasan China yang semakin memuncak di Asia Pasifik.

India juga menandatan­gani rangkaian perjanjian keselamata­n, mulai daripada perkongsia­n risikan hingga sokongan logistik, dengan rakan Quad. AGENSI

 ?? (Foto AFP) ?? Shaheen(eagle)-ix. yang menyertai siri kesembilan Latihan Udara Bersama tahunan Pakistan-china,
(Foto AFP) Shaheen(eagle)-ix. yang menyertai siri kesembilan Latihan Udara Bersama tahunan Pakistan-china,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia