Berita Harian

EU rancang lebih banyak sekatan terhadap Turki

-

Brussels: Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) kelmarin memutuskan senarai sekatan terhadap Turki sebagai tindak balas terhadap tindakan Ankara meneruskan penerokaan sumber gas asli di perairan Greece dan Cyprus.

Menteri Perancis untuk Hal Ehwal Eropah, Clement Beaune, dalam ciapan di Twitter, berkata keputusan yang dipersetuj­ui 27 pemimpin blok itu akan mengenakan sekatan dalam menghadapi ‘tindakan dan provokasi bersendiri­an’ Turki.

Seorang diplomat memberitah­u AFP bahawa sekatan itu akan menyasarka­n kepada pergerakan individu buat masa ini dan langkah selanjutny­a boleh dikenakan jika Turki meneruskan tindakan.

Walaupun pada awalnya embargo senjata selain sekatan menyeluruh terhadap ekonomi Turki disarankan, beberapa pemimpin EU tidak bersetuju.

Semua pemimpin memberi mandat kepada Ketua Diplomat

EU, Josep Borrell, untuk menyiapkan laporan menjelang Mac ini, mengenai lebih banyak langkah yang boleh diambil bagi memperluas ruang lingkup tindakan itu.

“Ideanya adalah untuk mendorong perubahan secara progresif selepas Turki melakukan tindakan satu pihak dan provokasi serta meningkatk­an kritikan terhadap EU, negara anggota EU dan pemimpin Eropah.

“Kegiatan unilateral dan provokatif Turki di Mediterran­ean Timur masih berlaku, termasuk di zon ekonomi eksklusif Cyprus,” katanya.

Sebaliknya, menjelang sidang kemuncak EU, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, menolak ancaman sekatan itu.

“Turki tidak begitu peduli dengan keputusan sekatan oleh EU kerana ia tidak pernah memperlaku­kan kami dengan jujur, tidak pernah berpegang pada janji tetapi kami selalu bersabar dan kami masih sabar,” katanya.

Sementara itu, Greece, yang mendapat sokongan Perancis, menerajui gesaan supaya EU bertindak lebih keras terhadap Turki yang berulang kali menghantar kapal penggerudi gas ke perairan yang dipertikai­kan.

Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis, ketika tiba di sidang kemuncak kelmarin, berkata kewibawaan EU terus menjadi taruhan.

“Inilah saatnya untuk menunjukka­n sama ada kita, sebagai Eropah benar-benar dapat dipercayai mempertaha­nkan apa yang sudah persetujui,” katanya.

Beberapa anggota EU dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), pakatan ketenteraa­n yang merangkumi Greece dan Turki dilihat lebih berhati-hati.

Jerman mengetuai pendekatan diplomatik bagi menyelesai­kan perselisih­an itu dan NATO menubuhkan hotline tentera untuk mengelakka­n pertempura­n yang tidak disengajak­an. AFP

Kewibawaan EU terus menjadi taruhan. Inilah saatnya untuk menunjukka­n sama ada kita, sebagai Eropah benar-benar dapat dipercayai mempertaha­nkan apa yang sudah persetujui.

Kyriakos Mitsotakis, Perdana Menteri Greece

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia