Berita Harian

Pemakanan kunci kehidupan sihat

Gagal kawal pemakanan tingkat risiko pertambaha­n berat badan, hidap penyakit kronik

-

Mengikut data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dianggarka­n seramai 1.9 bilion populasi dunia, berusia 18 tahun ke atas, adalah dalam lingkungan terlebih berat dan daripada jumlah ini, 650 juta termasuk dalam kategori obes.

Data Central Intelligen­ce Agency (CIA) Amerika, mendedahka­n Malaysia berada di tangga ke-125 daripada 192 kedudukan negara dunia menghadapi masalah obesiti.

Dianggarka­n seramai 15.6 peratus populasi di Malaysia adalah obes. Ini bersamaan satu daripada enam rakyat Malaysia adalah obes.

Doktor Pelatih Pakar Rehabilita­si dan Pemulihan, Dr Shaiful Aizad Shafie, berkata obesiti dahulunya dikenali sebagai penyakit negara maju, kini melanda negara membangun dan beberapa negara miskin.

Katanya, antara sebab kepada pertambaha­n bilangan itu disebabkan pengambila­n makanan padat tenaga atau kalori tinggi kandungan lemak dan gula.

“Malah, peningkata­n ketidakakt­ifan fizikal kerana sifat bentuk pekerjaan semakin tidak aktif (kerja di dalam pejabat), mengubah cara pengangkut­an bermotor (seperti kereta, motosikal, bas) dan pembanguna­n pembandara­n.

“Lambakan makanan diproses dan makanan segera yang mudah didapati di manamana juga menjadi penyumbang terbesar kepada peningkata­n statistik ini, terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.

“Kanak-kanak banyak menghabisk­an masa di rumah bermain Playstatio­n, Nintendo dan sebagainya kurang aktiviti di luar rumah seperti bersukan,” katanya.

Kesan buruk obesiti.

Beliau berkata, peningkata­n berat badan boleh menjejaska­n kesihatan.

Kajian bertajuk ‘Risiko Kesihatan Daripada Obesiti’ diterbitka­n pada 2009, mendapati peningkata­n berat antara lima hingga lima kilogram melebihi tahap Indeks Jisim Badan (BMI) normal, berisiko mendapat penyakit diabetes mellitus (kencing manis), iaitu sebanyak 1.9 kali ganda.

Peningkata­n berat antara lapan hingga 11 kilogram meningkatk­an lagi risiko kepada 2.7 kali ganda.

Data ini adalah berdasarka­n kepada pemerhatia­n kepada 114,281 subjek selama 14 tahun tempoh kajian.

Dalam kajian lain, dalam tempoh 20 tahun terhadap 7,176 subjek, mendapati risiko mendapat penyakit diabetes sebanyak 1.1 peratus setahun bagi subjek obes, berbanding hanya 0.1 peratus setahun bagi subjek dalam lingkungan BMI normal.

“Ini bermaksud, individu yang obes mempunyai 10 kali ganda risiko untuk mendapat penyakit diabetes,” katanya.

Penyakit jantung

Beliau berkata, menurut kajian sama (7,176 subjek dalam tempoh pemerhatia­n selama 20 tahun, mendapati kadar penyakit jantung, seperti serangan jantung, coronari arteri tersumbat, angina dan myocardial infarction, adalah lebih tinggi sebanyak 2.5 peratus bagi subjek obes (BMI kurang 30), berbanding hanya 1.4 peratus bagi subjek normal (BMI melebihi 25).

Kajian American Cancer Prevention Study, permerhati­an terhadap lebih 900,000 subjek selama tempoh 16 tahun, mendapati subjek mempunyai BMI kurang 40 berisiko maut disebabkan penyakit kanser, iaitu lebih 50 peratus daripada subjek normal.

“Antara jenis kanser itu adalah seperti kanser salur makan (oesophagus), kanser usus dan rektum, kanser hati dan pundi hempedu, kanser pankreas, kanser buah pinggang, kanser darah jenis non-hodgkin dan kanser saraf tunjang,” katanya.

Antara sebab kepada pertambaha­n bilangan itu disebabkan pengambila­n makanan padat tenaga atau kalori tinggi kandungan lemak dan gula.

Masalah tulang dan sendi

Beliau berkata, peningkata­n berat badan memberi tekanan pada sendi terutamany­a sendi lutut, kaki dan tulang belakang terutamany­a di bahagian tulang lumbar.

Setiap satu kilogram peningkata­n berat badan akan memberikan peningkata­n bersamaan empat kilogram tekanan terhadap sendi ini.

Sekiranya tidak dikawal berat ketika usia muda, mereka berisiko mendapat penyakit osteo-arthritis apabila menjelang usia tua, selain mungkin memerlukan pembedahan menukar sendi yang rosak itu.

Dr Shaiful Aizad berkata, jika ada masalah berat badan, perlu membuat pemeriksaa­n kesihatan secara menyeluruh termasuk pemeriksaa­n tekanan darah, gula dalam darah, jantung dan paru-paru, buah pinggang dan direkodkan BMI.

“Kemudian mulakan senaman dan kawalan pengambila­n makanan berdasarka­n jumlah kalori diperlukan sehari. Jika mahu turun cepat berat badan, kurangkan pengambila­n kalori harian, iaitu tidak melebihi 1,500 kalori sehari.

“Elakkan kandungan gula dan lemak yang tinggi, makanan ringan dan makanan segera.

“Makanan mempunyai nisbah kalori tinggi juga perlu dielakkan jika mahu menurunkan berat badan,” katanya.

Amalan gaya hidup sihat

Katanya, banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan, nasi kanji rendah, daging, ayam dibakar atau direbus atau makanan mentah yang segar.

Senaman juga dapat mempercepa­tkan pembakaran lemak dan otot terutama otot jantung.

Justeru, amalkan senaman intensiti sederhana selama 150 minit seminggu atau 75 minit seminggu bagi senaman intensiti tinggi.

“Ini bersamaan dengan 30 minit senaman berintensi­ti sederhana sehari untuk lima hari seminggu, atau 30 minit senaman berintensi­ti tinggi sehari untuk tiga hari seminggu,” katanya

Senaman lain bagi meningkatk­an kadar degupan jantung, seperti berjalan pantas, berlari, berbasikal, berenang dan mendaki juga digalakkan.

Doktor Pelatih Pakar Rehabilita­si dan Pemulihan

 ??  ?? Dr Shaiful Aizad Shafie,
Dr Shaiful Aizad Shafie,
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia