Berita Harian

Kuasa maksimum jadi tarikan penggemar kelajuan

-

Dengan kuasa maksimum 765PS dan tork mencecah 800Nm, ia pasti membuatkan mereka yang ‘gilakan’ kelajuan teruja.

Dengan keupayaan jentera berprestas­i tinggi, pasti ramai yang menyenarai­kan ‘anchor’ dalam

Sudah pasti Mclaren akan berada dalam senarainya.

Minggu ini kita akan menyingkap yang menjadi kegilaan ramai dan hanya 10 unit ditawarkan di Malaysia daripada 765 unit yang dihasilkan untuk pasaran global.

Mclaren 765LT yang diperkenal­kan Mclaren Kuala Lumpur baru-baru ini, dibina menggunaka­n asas model 720S yang ditambah baik serta lebih eksklusif sesuai dengan tanda LT.

Ia menjadi model kelima menggunaka­n LT iaitu adalah singkatan kepada selepas 675LT, 675LT Spider, 600LT dan 600LT Spider.

Mclaren 765LT menggunaka­n enjin 4.0 liter turbo berkembar V8 dengan kod M840T dan transmisi dual klac tujuh kelajuan.

Kombinasi enjin dan transmisi itu mampu menghasilk­an kuasa maksimum 765PS pada 7,500 rpm dan tork maksimum 800Nm pada 5,500 rpm.

Kelajuan maksimum yang dicatatkan di atas kertas ialah 330 kilometer sejam (km/j), manakala pecutan 0 hingga 100 km/j adalah hanya 2.8 saat, sementara 0 hingga 200 km/j adalah 7.2 saat!

Faktor berat iaitu hanya 1,229 kilogram disokong penggunaan casis gentian fiber selain struktur depan dan belakangny­a daripada aluminium turut menjadikan Mclaren 765LT laju dan pantas.

Lebih mengujakan, ia tidak hanya pantas, malah Mclaren 765LT mampu untuk berhenti pada kelajuan 100 km/j dengan jarak 29.5 meter sahaja.

Rekaan sofistikat­ed

ini menggunaka­n dengan angkup brek aluminium enam piston di hadapan dan Monobloc empat piston di belakang.

Ia dilengkapi sistem suspensi

II dengan tiga mod dan Ia menggunaka­n rim bersaiz 19 inci dengan tayar 245/35 di bahagian depan, manakala saiz 20 inci dengan tayar 305/30 di bahagian belakang. Model ini hadir dengan tayar jenama Pirelli P Zero Trofeo R.

Ruang kokpit 765LT mirip jentera lumba,

seperti Mclaren Senna dan tali kaledar keselamata­n enam point berwarna hitam.

Mclaren 765LT menawarkan 17 pilihan warna luaran termasuk oren nardo dan putih asap.

Ia dijual pada harga RM1,488,000 sebelum cukai dengan jaminan selama tiga tahun tanpa had perbatuan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia