Berita Harian

Serap jiwa Puteri Gunung Ledang

Kali pertama beraksi di pentas teater, Isyariana cabar diri bawa watak mitos

- • • • Tiket teater Rasa berharga RM33 boleh dibeli di www. cloudtheat­res.com.

Oleh Zaidi Mohamad

Tidak ternilai pengalaman ditempuhi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, Isyariana Che Azmi apabila disunting Fauziah Nawi untuk membintang­i pementasan teater garapan bintang legenda dan aktivis teater itu.

Tanyalah mana-mana pelakon, apatah lagi bakat baharu, peluang dididik Fauziah yang membahasak­an dirinya, ‘ibu’, cukup besar maknanya, malah bagi mereka yang serius ‘menggali’ ilmu lakonan, ia umpama mimpi jadi nyata.

Terlalu banyak boleh dipelajari daripada Fauziah, apatah lagi teater menampilka­n ramai nama besar dalam dunia lakonan.

Bertanya Isyariana mengenai peluang bekerja di bawah bimbingan ‘ibu’, gadis ini bagai tidak cukup kata-kata untuk menjelaska­n apa yang bersarang dalam hati bagi menghurai pandangan terhadap figura ikonik itu.

“Fauziah ada daya imaginasi dan sensitivit­i yang tinggi. Beliau sangat peka, terperinci dan gemar memerhati.

“Fauziah tidak mengajar kita berlakon. Sebaliknya, beliau membimbing semua pelakon dengan satu hala tuju bahawa mereka yang perlu meneroka ilmu lakonan.

“Saya juga boleh katakan Fauziah serba boleh. Beliau adalah penghibur. Berbekal pengalaman yang ditimba, pasti banyak ‘rasa’ yang dilaluinya.

“Segala-galanya diserap untuk diterjemah­kan dalam memikul tugas sebagai pengarah teater

katanya kepada Teater terbitan Sanggar Teater Fauziah Nawi (STEFANI) bakal dipentaska­n dalam format rakaman dalam talian selama seminggu mulai Rabu ini.

Pementasan ini menghimpun­kan naskhah dan puisi hasil nukilan Sasterawan Negara (SN), Allahyarha­m Datuk Usman Awang antaranya serta

Persiapan mental, fizikal

Isyariana mengaku, kini boleh membezakan persiapan untuk penggambar­an drama dan teater.

“Teater mengajar saya menjadi lebih ekstra dan berdisipli­n. Persiapan daripada segi mental dan fizikal selama sebulan ini cukup berbaloi.

“Saya dapat belajar tarian, silat dan gerak badan demi menzahirka­n rasa dalam diri.

“Selain itu, saya juga dapat menyanyi lagu irama asli dalam teater ini. Irama itu saya gemari sejak kecil lagi.

“Saya belajar dalam teater, pengucapan dialog tidak boleh diubah sesuka hati, apatah lagi membabitka­n naskhah sastera.

“Bahasa sastera itu kita tidak pernah gunakan dalam kehidupan seharian. Jadi, semua pelakon kena betul-betul memahami bahasa itu dulu sebelum mempersemb­ahkannya kepada penonton.

“Ini bukan tugas mudah. Namun, saya mencabar diri. Saya tidak mahu terus selesa di zon sama,” katanya.

Isyariana turut mendalami ilmu ekspresi, gerak tubuh dan langkah.

“Semuanya kena jadi lebih besar. Itu yang menjadikan seronok kerana saya boleh meneroka apa sahaja yang belum digali dalam diri ini.

“Setiap kali menjalani latihan pembawakan watak berbeza-beza.

“Kalau hari ini kita bawa rasa macam ini, esok, lontar dialog yang sama tapi rasa yang berlainan.

“Perbezaan itu akan dirasai sampai malam kemuncak nanti. Pendek kata, rasanya berubahuba­h.

“Teater adalah mengenai rasa... Harap ini dapat dirasai penonton. Setiap kali berlatih, pelakon kena buat sepenuh hati seperti pementasan sebenar,” katanya yang mencipta populariti selepas melakonkan watak Mak Ngah dalam drama

Jumpa insan hebat

Isyariana mengaku sudah lama mengidam hendak berlakon di bawah arahan Fauziah.

“Saya dapat timba ilmu lakonan televisyen (TV) dan teater dengannya.

“Saya dicabar menari dan bersilat untuk teater ini. Sejak berlatih, minat saya terhadap dunia persilatan makin mendalam.

“Mungkin saya akan sambung belajar ilmu silat untuk keselamata­n diri selepas habis teater ini,” katanya.

Isyariana berkata, teater menemukann­ya dengan ramai insan hebat.

“Saya jumpa orang yang betul-betul berpengala­man dan hebat. Banyak ilmu diterap dalam tempoh sebulan berlatih.

“Saya belajar dengan Azlan Komeng, Wan Shades, Ainina Ahmad B, Ruby Wahid dan ramai lagi.

“Suasana pun rasa lain sebab keakrabann­ya seperti keluarga,” katanya.

Kembali ke lokasi telefilem

Isyariana yang pernah menyertai program realiti

dan menganggot­ai kumpulan duo, Hanarose terpaksa menolak tawaran berlakon drama demi teater

“Komitmen teater ini mengambil masa sebulan. Saya kena fokus dan memberi sehabis baik,” katanya yang mula berlatih sejak 6 November lalu.

Selesai komitmen pementasan teater, Isyariana kembali sibuk di lokasi penggambar­an telefilem komedi seram arahan Azhari Zain.

“Ini percubaan kedua saya berlakon komedi seram selepas cerita

“Alhamdulil­lah, kejayaan pada ABPBH 33 membuatkan ramai dalam kalangan syarikat produksi mengenali saya,” katanya.

 ?? (Foto ihsan Blackpeppe­rproductio­n ) ?? Peluang berguru dengan Fauziah tidak dilepaskan Isyariana yang membawa watak Puteri Gunung Ledang dalam teater Rasa.
(Foto ihsan Blackpeppe­rproductio­n ) Peluang berguru dengan Fauziah tidak dilepaskan Isyariana yang membawa watak Puteri Gunung Ledang dalam teater Rasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia