Berita Harian

Solskjaer jadi tumpuan

Saingan tetangga Manchester minggu ini penentu kebangkita­n United

-

London: Penyingkir­an awal Manchester United daripada saingan Liga Juara-juara bermakna tugas Ole Gunnar Solskjaer kini sekali lagi menjadi perhatian menjelang kunjungan Manchester City ke Old Trafford dengan kedua-dua pasukan tidak boleh kalah.

Saingan tetangga Manchester itu menjadi perhatian utama dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini yang turut menyaksika­n kunjungan ke Crystal Palace buat pendahulu, Tottenham Hotspur dan Fulham menentang juara bertahan, Liverpool.

Kedua-dua kelab Manchester itu sudah seakan pulih daripada permulaan perlahan dalam kempen selepas hanya berehat dua minggu akibat komitmen pada saingan Eropah sekitar Ogos.

Skuad Solskjaer menikmati empat kemenangan liga berturut-turut dan dilihat dalam buruan gelaran liga pertama sejak persaraan Alex Ferguson pada 2013, tampak sedang meletakkan Red Devils dilandasan, namun kini sebaliknya disebabkan persembaha­n tidak menentu.

Namun di sebalik kemenangan itu ditambah dengan goyah di bahagian pertahanan, menyaksika­n keka lahan 3-2 kepada RB Leipzig, bermakna tekanan sekali lagi akan dirasai pengendali dari Norway itu.

Kekalahan keempat dalam enam saingan EPL di Old Trafford musim ini boleh menyaksika­n The Red Devils menamatkan minggu ini dengan ketinggala­n lapan mata di belakang pendahulu, walaupun memiliki satu perlawanan dalam tangan.

City pula satu mata di belakang United di kedudukan ketujuh, namun skuad Pep Guardiola tampak sudah mendapat semula prestasi selepas dua kemenangan berturut-turut buat pertama kali musim ini.

Berbeza dengan United dalam Liga Juara-juara, City mudah mara ke kelompok 16 terakhir berbaki dua perlawanan. Ia membolehka­n Guardiola merehatkan Kevin De Bruyne dan Gabriel Jesus bagi pertembung­an tetangga itu.

 ??  ?? Aksi sengit antara Manchester United dan Manchester City musim lalu.
Aksi sengit antara Manchester United dan Manchester City musim lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia