Berita Harian

Zaquan kembali perkuat NSFC

-

Seremban: Kelab Bola Sepak Negeri Sembilan (NSFC) membawa masuk semula beberapa bekas pemainnya yang berkelana ke beberapa negeri sebelum ini bagi memperkuat­kan pasukan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-m) musim depan.

Bekas penyerang Kedah, Mohamad Zaquan Adha Radzak antara pemain yang sudah kembali. Pemain berusia 33 tahun itu yang sebelum ini pernah beraksi bersama Kuala Lumpur dan Johor Darul Ta’zim (JDT) menandatan­gani kontrak baru-baru ini.

“Setakat ini, Zaquan adalah antara beberapa bekas pemain yang akan bersama NS. Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) sudah mencapai kata sepakat untuk mendapatka­n khidmatnya,” kata sumber kepada Sukan BH.

Zaquan Adha pernah beraksi bersama NS pada 2006 hingga 2011 dengan membantu pasukan itu menjulang beberapa trofi seperti Liga Super 2006, Piala Malaysia 2009 dan 2011 serta Piala FA 2010. Sumber juga memberitah­u bekas pemain pertahanan Terengganu FC (TFC), Nasrullah Hanif Johan dan Melaka United (MU) Annas Rahmat, turut kembali. Kedua-dua pemain ini adalah produk program pembanguna­n bola sepak NS. Selain itu, bekas pemain PJ City, R Aroon Kumar dan R Barathkuma­r selain bekas penjaga gol FELDA United, Muhaimin Mohamad. Bekas penyerang skuad bawah 23 tahun negara, N Thanabalan bagaimanap­un tiada dalam senarai. NS sebelum ini mengumumka­n bekas ketua jurulatih PJ City, K Devan sebagai pengendali baharu.

 ??  ?? Mohamad Zaquan Adha Radzak
Mohamad Zaquan Adha Radzak

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia