Berita Harian

Tak anggap lesen besar

-

Kuala Terengganu: Perancang baharu Terengganu FC (TFC), Nik Akif Syahiran Nik Mat tidak menganggap status sebagai pemain kebangsaan membolehka­n dia mendapat ‘lesen’ besar untuk membarisi kesebelasa­n utama skuad Penyu musim depan.

Sebaliknya pemain berusia 22 tahun kelahiran Kuala Krai Kelantan itu mengakui masih kurang ilmu dan tekad mahu berguru dengan barisan jurulatih TFC bagi memantapka­n lagi corak permainann­ya.

“Saya pilih pasukan TFC kerana ingin belajar dengan barisan jurulatih sekali gus mahu mengembang­kan lagi karier dalam sukan bola sepak ini. Saya juga mahu berguru dengan pemain lebih berpengala­man,” katanya semalam.

Nada sama turut diluahkan rakan sepasukann­ya, Shahrul Nizam Ros Hasni yang mengakui perlu bekerja keras untuk mengisi slot dalam kesebelasa­n utama pasukan baharunya itu.

“Bagi saya aura penyokong TFC adalah sama seperti peminat setia Kelantan. Sebab itu saya pilih pasukan ini walaupun mendapat empat lagi tawaran lain,” kata tonggak pertahanan skuad kebangsaan Bawah 23 itu yang mengikat kontrak selama dua tahun bersama dengan Nik Akif. Dalam pada itu TFC terus ‘memborong’ pemain baharu, apabila mengikat seorang lagi pemain muda Kelantan semalam iaitu Mohamad Hakimi Abdullah sekali gus menjadi pemain keenam dirantai jurulatih, Nafuzi Zain. Sebelum ini TFC sudah mengikat bekas pemain Pahang, Faisal Abdul Halim, Muhamad Arif Mohamed Anwar (UITM FC), Asnan Ahmad (UKM FC) selain tiga pemain pemain Kelantan iaitu Nik Akif Syahiran, Shahrul Nizam dan Hakimi.

 ??  ?? Nik Akif Syahiran Nik Mat
Nik Akif Syahiran Nik Mat

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia