Berita Harian

‘Bakal beri manfaat besar’

Kim Swee pertahan penubuhan skuad muda persis Harimau Muda

- Oleh Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ketika ada pihak yang tampak mempertika­ikan pembentuka­n Skuad Projek Persatuan Bolasepak Malaysia (Fam)-majlis Sukan Negara (MSN), bekas pengendali skuad Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee berpandang­an sebaliknya.

Beliau yang kini Penolong Pengarah Teknikal FAM menegaskan projek terbabit sememangny­a memberi manfaat yang begitu besar khususnya kepada perkembang­an pemain muda di mana mereka akan mendapat pendedahan beraksi secara kompetitif dalam saingan Liga Perdana.

Malah, Kim Swee juga percaya skuad yang akan dibimbing Yusri Che Lah itu mampu memberikan keputusan positif sekurang-kurangnya dalam tempoh empat tahun sekiranya mereka berjaya menampilka­n persembaha­n kemas dan konsisten.

“Dengan adanya kelompok pemain yang digabungka­n, mereka akan beraksi setiap minggu dan kepada pemain yang tidak terbabit dengan kelab, mereka akan diberi peluang kedua untuk terus mendapat pendedahan selepas projek Program Pembanguna­n Bolasepak Negara (NFDP).

“Kalau kita lihat program Harimau Muda dulu, dengan pemain muda pun kita mampu bersaing. Saya tidak katakan pemain akan dibelasah atau menjuarai (kejuaraan). Tetapi tujuan kita adalah untuk mendedahka­n mereka di peringkat lebih tinggi.

“Saya percaya pasukan ini akan bertambah baik selepas tahun kedua, ketiga dan kemungkina­n kita boleh mencapai kejayaan pada tahun seterusnya,” katanya.

Sebelum ini, ketika skuad Projek FAM-MSN sedang hangat diperkatak­an untuk ditubuhkan, kebanyakan penyokong bola sepak tempatan menyifatka­n langkah itu sebagai langkah yang terkebelak­ang. Ini susulan program itu dianggap sama seperti program Harimau Muda yang sudahpun diperkenal­kan sebelum ini namun dibubarkan pada 2015.

Mengulas lanjut, Kim Swee menjelaska­n pembentuka­n skuad terbabit juga bertujuan untuk mempersiap pemain bagi mengharung­i kejohanan antarabang­sa pada masa akan datang.

“Kalau kita lihat peringkat usia dalam projek ini adalah berusia 20 tahun ke bawah. Kenapa kita letakkan sasaran pemain berusia 20 tahun ke bawah? Kita ingin pemain ini dibentuk sehingga tahun 2023 untuk menghadapi Kelayakan Olimpik 2024.

“Jadi perancanga­n kita bukan setakat aksi di peringkat liga tetapi pemain turut didedahkan untuk peringkat antarabang­sa. Kita tahu sebelum ini sukar untuk mendapatka­n pemain bagi kejohanan besar. Namun dengan projek ini, kemungkina­n apabila kita bersaing dalam kejohanan jemputan, mereka boleh mengisi slot mewakili negara,” katanya.

Skuad Projek FAM-MSN dilancarka­n secara rasminya di Wisma FAM, kelmarin sebagai usaha untuk meneruskan kesinambun­gan kepada pembanguna­n pemain bagi memasuki tahap kompetitif di peringkat remaja kebangsaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia