Berita Harian

MAM setuju bantu anjur klinik rali

-

Kuala Lumpur: Persatuan Sukan Permotoran Malaysia (MAM) bersetuju mengadakan kerjasama dengan bekas pelumba, Karamjit Singh bagi menganjurk­an klinik rali susulan pertemuan kedua-dua pihak di sini, kelmarin.

Dalam pertemuan bagi mengetahui permasalah­an dihadapi legenda rali negara itu, MAM menyatakan kesediaan bersama-sama Karamjit mengadakan program itu pada masa depan yang secara tidak langsung dapat memperkemb­ang dan merancakka­n semula sukan berkenaan di Malaysia.

“Semalam (kelmarin), MAM sudah berjumpa dengan Karamjit Singh,” kata Setiausaha Agung MAM, Muizz Azli. “Perbincang­an berkenaan dunia permotoran terutama rali dan bagaimana atlet seperti Karamjit dapat memberi sumbangan kepada sukan rali.

“Justeru, MAM dengan Karamjit akan bekerjasam­a untuk mengadakan klinik rali seperti ‘Arrive and Drive’. Klinik rali ini adalah satu kesinambun­gan daripada program ‘Introducti­on to Rally’ yang diadakan ketika kejuaraan EWC-WTCR pada tahun lalu.”

Karamjit atau dikenali sebagai ‘Flying Sikh’ sebelum ini dijemput Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican selepas media melaporkan juara dunia itu menjual kereta kesayangan­nya untuk mendapatka­n modal membeli kereta baharu dalam usaha bekerja sebagai pemandu Grab untuk meneruskan kehidupan.

 ??  ?? Leong Mun Yee
Leong Mun Yee

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia