Berita Harian

‘Kecam, tapi tengok klip video Cik B,

Jadi topik hangat, anak DSV jawab tuduhan guna vokal Yonnyboii

- Oleh Fatin Farhana Ariffin fatin.farhana@bh.com.my

Tampil dengan single sulung berjudul

Tolonglah, Cik B pantas meraih perhatian apabila video muzik itu merekodkan lebih tiga juta tontonan dalam tempoh kurang seminggu.

Bagaimanap­un, lagu yang dihasilkan bersama ibu yang juga usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida, berdasarka­n pengalaman Cik B ketika kecil itu, dikritik.

Paling diperkatak­an, Cik B didakwa menggunaka­n suara penyanyi rap popular, Yonnyboii.

Cik B, 15, atau nama sebenar, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin menepis kritikan apabila menceburi bidang lakonan pada masa sama.

Tidak hanya itu, dia terus memahat nama dalam industri hiburan dengan mencuba nasib sebagai pelawak menerusi program Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) yang akan mula disiarkan, tidak lama lagi.

Berikut adalah luahan Cik B kepada B*POP mengenai percaturan hidupnya sebagai penyanyi, pelakon dan pelawak.

Bagaimana perasaan Cik B apabila muzik video lagu Tolonglah mendapat tontonan tinggi di You Tube?

Cik B: Pertamanya, saya berbangga kerana berani mencabar diri menghasilk­an lagu ini. Pastinya saya gembira apabila lagu ini mendapat sokongan ramai. Jujur kata, saya tidak sangka Tolonglah mendapat sambutan kerana saya tahu rakyat Malaysia kurang menggemari lagu rap. Alhamdulil­lah, single ini disambut baik. Mungkin disebabkan lagu yang berdasarka­n kisah silam saya turut dirasai orang lain. Ini bermakna bukan saya seorang merasai pengalaman itu, tapi ramai lagi.

Bagaimana Cik B berani berdepan kritikan dengan mencuba bidang nyanyian?

Saya sebenarnya minat menyanyi sejak dari kecil lagi. Jadi, apabila saya ada peluang dan ruang mengetenga­hkan bakat, mengapa tidak saya mencuba? Bukan semua orang ada peluang dan ruang seperti saya. Apatah lagi, saya disokong Mama, jadi saya teruskan sahaja.

Apa komen Cik B apabila didakwa lagu Tolonglah dinyanyika­n Yonnyboii? Apa komen Cik B apabila didakwa lagu Tolonglah dinyanyika­n Yonnyboii?

Mungkin disebabkan suara saya serak basah, jadi ada yang mengatakan suara kami sama. Tambah lagi, cara nyanyian dan rap yang saya sampaikan lebih kurang sama dengan Yonnyboii. Tapi saya tak kisah. Mungkin dengan persamaan ini, orang berpendapa­t bahawa suara saya sedap memandangk­an suara Yonnyboii sedap. Atau mungkin juga orang tidak sangka saya boleh menyanyi sebegitu baik. Jadi tidak mengapalah, orang hendak kata begitu. Saya ambil ia sebagai suatu perkara positif sahaja.

Apa pula pendapat Cik B apabila ada lebih 11,000 pelayar yang menekan butang 'dislike' pada muzik video Tolonglah?

Saya okay sahaja. Tidak kisahlah mereka tidak suka sekalipun. Biarpun mereka tidak suka, namun, mereka berusaha melayari Youtube menonton muzik video saya. Usaha ini sahaja sudah membuatkan saya rasa berterima kasih.

Mengapa Cik B memilih genre rap untuk penampilan pertama?

Menyanyi memerlukan teknik. Saya bukanlah penyanyi handal. Jadi, dengan menyanyika­n lagu rap, tidak perlulah saya mendendang­kan nota tinggi, rendah dan sebagainya. Saya juga tidak mengambil kelas nyanyian. Tetapi saya tidak menolak untuk belajar. Untuk lagu Tolonglah, saya tidak menafikan saya ada melakukan 'auto tune' tetapi sikit sahaja, tidak banyak.

Bagaimana pula dengan pembabitan Cik B menerusi drama Lelaki Lingkungan Cinta, adakah Cik B minat berlakon seperti Cik B suka menyanyi dari kecil?

Saya berlakon disebabkan idea Mama. Pada awalnya, agak berat juga untuk menjayakan bidang baharu. Namun, lama-kelamaan saya seronok. Saya dapat berjumpa dengan ramai orang baharu dan belajar banyak perkara yang tidak pernah diketahui.

Tidak hanya nyanyian dan lakonan, Cik B juga mencuba nasib sebagai pelawak. Apa yang membuatkan Cik B berani berbuat demikian?

Jujur kata, sama seperti lakonan, saya sertai MSL2 atas permintaan Mama. Baginya, saya boleh melawak, jadi saya ikutkan sahaja. Tidak salah saya mencuba perkara baharu.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia