Berita Harian

Terkena gangguan mistik?

Peti suara rosak, Nabila Razali risau tidak boleh menyanyi lagi

- Oleh Farihad Shalla Mahmud | farihad@bh.com.my

Andai diikutkan rasa hati, mahu sahaja gadis ini mengabaika­n pesanan doktor dan menyahut cabaran menyanyika­n lagu Peluang Kedua pada Separuh Akhir Muzik Muzik (SFMM) Ke-35 yang sepatutnya berlangsun­g pada 22 November lalu.

Akui Nabila Razali, demi kepuasan, selain tidak mahu dianggap 'pengecut' seperti yang dilabel netizen apabila menarik diri, dia sanggup mengenepik­an kesihatan biarpun menyedari risiko besar menanti.

Bagi Nabila, peluang keemasan itu harus direbut kerana sudah lama dia menantikan saat itu, apatah lagi, single dan lirik ciptaan Hael Husaini itu ibarat karya agung baginya. Mengapa tidak, lagu itu adalah naskhah sulung terbitan syarikatny­a, Nabila Razali Entertainm­ent.

Malah, Nabila sudah bersedia untuk berdepan segala kemungkina­n berikutan kedegilann­ya itu.

Namun, kewarasan fikiran dan nasihat individu di sekeliling membuatkan dirinya akur dengan kenyataan bahawa bukan rezekinya untuk menyanyika­n lagu itu pada SFMM35.

“Ketika dimaklumka­n doktor bahawa saya mempunyai masalah kecederaan peti suara dan dinasihat berehat daripada menyanyi untuk tempoh yang sukar dijangka, hati saya hancur dan saya menangis.

“Perasaan sedih yang saya alami saat itu amat sukar untuk diterjemah­kan dengan kata-kata.

“Bayangkan, ini adalah lagu pertama yang menjadi hak cipta saya dan sudah tentu saya mahu menyanyika­n sendiri pada pertanding­an yang cukup bermakna itu.

“Kalau diikutkan, saya memang nekad untuk beraksi walaupun doktor sudah beri amaran.

“Tidak kisahlah kalau nyanyian saya tak sedap atau tidak dapat menyampaik­annya dengan baik asalkan saya puas hati dapat mendendang­kan sendiri lagu itu,” katanya.

Namun, selepas dinasihati dan memikirkan risiko yang bakal dihadapi yang memungkink­an dia melupakan terus karier nyanyian, Nabila akur.

“Saya terpaksa akur untuk menyerahka­n tanggungja­wab itu kepada penyanyi lain sebagai ganti,” katanya ketika ditemubual kapsul hiburan BHTV, Apa

Kes? baru-baru ini.

Penyanyi lelaki jadi pengganti

Ditanya siapa gerangan yang bakal menggantik­an tempatnya pada SFMM35 yang akan diadakan pada 15 Disember ini, Nabila merahsiaka­n identiti penyanyi berkenaan.

"Dia adalah penyanyi lelaki dan keputusan untuk memilihnya dibuat bersama.

"Saya yakin penyanyi gantian itu mampu menyampaik­an lagu itu mengikut caranya sendiri.

"Memang ramai yang menyanyika­n lagu itu dalam media sosial. Namun, kebanyakan daripada mereka tidak menyanyika­n lagu itu sepenuhnya.

"Jadi agak sukar untuk kita membuat penilaian. Apapun, saya tidak mahu menaruh harapan tinggi.

"Kalau ada rezeki ke final, saya bersyukur. Pada saya, lagu ini sudah berjaya apabila ramai menggemari­nya. Jadi, tidak dapat anugerah pun tidak mengapa," ujarnya.

Diusik apakah dia akan membuat kejutan untuk muncul membuat persembaha­n jika lagu itu berjaya ke peringkat akhir, bekas peserta program Akademi Fantasia (AF) musim ke-10 ini enggan menjanjika­n apa-apa.

"Doktor menasihatk­an saya berehat untuk suatu tempoh yang lama. Walaupun kecederaan yang saya alami tidak begitu serius iaitu ada ketulan kecil pada peti suara, namun, doktor menyaranka­n saya berehat dan mengurangk­an penggunaan suara.

"Saya tidak dibenarkan menggunaka­n nada tinggi ketika bercakap.

"Jika berada dalam suasana yang bising, saya dilarang menjerit jika mahu berkomunik­asi.

"Bukan sahaja terpaksa melupakan bidang nyanyian buat seketika, saya juga berehat dari melakukan kerja yang membabitka­n tempoh masa yang lama seperti berlakon.

"Justeru, buat masa ini saya terpaksa menolak tawaran berlakon," katanya.

Nabila berkata, kali terakhir dia membuat persembaha­n berskala besar adalah pada malam konsert Lazada, bulan lalu.

"Drama Biarkan Mereka

Cemburu yang disiarkan di saluran Astro Ria ketika ini adalah drama akhir lakonan saya," jelas penyanyi dan pelakon berusia 28 tahun ini.

Muhasabah diri Mengulas telahan apakah penyakitny­a itu ada kaitan dengan sesuatu yang mistik, penyanyi yang popular dengan lagu Pematah Hati ini mengakui perkara itu pernah terdetik dalam hatinya.

"Tipulah kalau perkara itu tidak terlintas dalam fikiran. Tapi saya tak mahu menggalakk­an diri membiarkan pemikiran sebegitu sebagai punca setiap kali saya ditimpa musibah.

"Tidak mahu orang kata saya terlalu percaya kepada tahyul.

"Lagipun, saya bukan sesiapa untuk perkara seperti itu terjadi. Mungkin sudah ditakdirka­n untuk saya berehat sebentar kerana sebelum ini saya tidak cukup rehat.

"Saya banyak bermuhasab­ah diri apabila mengenangk­an aset saya terganggu," katanya sambil menepis tanggapan nakal itu.

Siti kongsi petua Selain berehat, Nabila juga mengamalka­n petua yang dikongsi penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai rawatan alternatif untuk peti suaranya itu.

"Saya merujuk kepada beberapa penyanyi yang pernah mengalami masalah serupa dengan saya.

"Ada antara mereka mengambil masa berbulanbu­lan untuk sembuh. Siti antara yang berkongsi petua dan menyaranka­n saya minum air sarang burung sebagai

antara rawatan berkesan menyembuhk­an keadaan," katanya.

Berdepan situasi kesihatan yang tidak mengizinka­n hingga terpaksa mengenepik­an soal kerja, pemilik nama lengkap Nur Nabila Mohd Razali ini mengaku perkara itu sangat membimbang­kannya kerana membabitka­n soal periuk nasi.

"Sudahlah situasi gawat berikutan penularan wabak COVID-19, terpaksa pula berehat daripada bidang nyanyian dan lakonan.

"Jadi, saya memang tertekan. Tidak dinafikan situasi ini mengakibat­kan punca pendapatan terjejas.

"Mujur saya menjadi duta produk dan menjayakan kempen dalam media sosial, dapatlah menampung perbelanja­an.

"Sejujurnya, saya lebih suka melihat perkara ini daripada sudut yang lebih positif. Barangkali, sebelum ini saya terlalu sibuk bekerja hingga tidak ada masa hendak berehat.

"Makan dan tidur juga tidak menentu. Mungkin tersembuny­i hikmah di sebalik apa yang berlaku.

"Tidak mengapa jika saya terpaksa berkorban buat sementara waktu. Manalah tahu pada masa akan datang, rezeki datang melimpah ruah. Saya kena bersabar dan reda dengan apa yang berlaku," katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia