Berita Harian

50 lorong tikus aktif di sempadan

Anggota PGA berdepan tugas getir kerana laluan penyeludup berubah

- Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan Zuliaty Zulkiffli bhnews@bh.com.my

Sekurang-kurangnya 50 lorong tikus dikesan menjadi laluan aktif penyeludup dan penjenayah di sempadan Malaysia-thailand sepanjang 109 kilometer di Kedah dan Perlis. Lorong tikus itu sentiasa berubah disebabkan sempadan yang panjang, berbukit dan sebahagian­nya tidak berpagar.

Abdul Ghani Mohamad Ji

Anggota PGA berkawal

Bukit Kayu Hitam: Pasukan Gerakan Am (PGA) mengesan sekurang-kurangnya 50 lorong tikus yang menjadi laluan kegiatan penyeludup­an dan jenayah rentas sempadan di perbatasan Malaysia-thailand, sepanjang 109 kilometer di Kedah dan Perlis.

Sempadan yang panjang dengan kewujudan lorong tikus boleh berubah pada bila-bila masa, menyebabka­n anggota PGA berdepan tugas getir menjalanka­n operasi pencegahan 24 jam setiap hari.

Setiap hari, anggota PGA perlu meredah kawasan yang mencabar berikutan keadaan muka bumi sempadan Malaysia-thailand merangkumi kawasan berbukit dan hutan tebal bermula dari Bukit Kayu Hitam, Kedah sehingga ke kawasan pantai Perlis.

Komander Briged Utara PGA, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghani Mohamad Ji, berkata bukan sesuatu yang mudah memastikan kawasan sempadan negara bebas kegiatan jenayah, berikutan pihaknya terpaksa menempuh bahaya pada bila-bila masa.

Jelasnya, operasi di sempadan berbeza apabila anggota PGA perlu meredah kawasan berbukit dan hutan berhampira­n kebun serta perkampung­an bagi memantau kegiatan penyeludup di lorong tikus yang boleh berubah pada bila-bila masa.

“Di sempadan, operasi PGA adalah mencari dan memusnahka­n kegiatan penjenayah yang bergerak atau bersembuny­i di hutan, sempadan, pantai, pulau termasuk di kawasan terpencil.

“Kita juga sudah kenal pasti kira-kira 50 lorong tikus, yang aktif digunakan penyeludup, menyebabka­n kita bina kubu bagi menempatka­n anggota PGA memantau kawasan berkenaan.

“Menjadi cabaran buat kita kerana penyeludup yang turut mahir di hutan boleh menukar lorong tikus bagi melakukan kegiatan jenayah mereka menyebabka­n kami perlu selalu bersedia,” katanya kepada BH.

Antara bahan larangan yang masih menjadi tumpuan penyeludup­an dari Thailand ke Malaysia ialah syabu dan ganja, manakala daun ketum pula diseludup dari sini ke negara jiran.

Selain bahan larangan terbabit, ada juga barangan pengguna khususnya yang diberi subsidi di Malaysia, seperti minyak masak dan tepung, diseludup ke negara jiran, berikutan permintaan tinggi.

Selain anggota PGA yang mengawal sempadan dari pantai Perlis hingga Bukit Kayu Hitam, perbatasan negara dari Bukit Kayu Hitam, sempadan negara di Perak hingga ke Rantau Panjang di Kelantan, di bawah jagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), manakala anggota Batalion 8 PGA mengawal sempadan dari Rantau

Panjang hingga Tumpat.

Abdul Ghani berkata, rutin di perbatasan negara di bawah jagaan pasukannya, setiap hari anggota PGA perlu melakukan rondaan secara enam sepasukan, bermotosik­al dan kenderaan di sekitar tembok dan pagar keselamata­n, selain melakukan pemeriksaa­n sekiranya ada kesan penceroboh­an berlaku.

“Ketika itu cabaran sebenar muncul kerana anggota kita berkemungk­inan bertembung penjenayah. Susulan itu, mereka dibekalkan senjata api lengkap, baju kalis peluru dan helmet balastik serta kenderaan sokongan.

“Tugas pemantauan juga menggunaka­n teknologi terkini apabila Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) mampu membuat pemantauan termasuk pada waktu malam bagi mengesan pergerakan di sempadan,” katanya.

Mengulas serangan ke atas dua anggota PGA di Padang Besar pada 24 November lalu hingga mengorbank­an anggota Senoi Praaq PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, beliau berkata, susulan kejadian itu kawalan sempadan kini dipertingk­at dengan bantuan Unit Kenderaan Berperisai, helikopter PGU, Unit Berkuda dan Komando VAT69.

“Bagi sempadan berbukit dan tidak mempunyai pagar keselamata­n, kita menempatka­n pasukan rondaan terdiri daripada anggota Tiger Platoon dan Platun Tracker, bagi bertugas di sepanjang kawasan berkenaan.

“Kita berharap, usaha menaik taraf pagar dan tembok keselamata­n serta Jalan Keselamata­n dan Pembanguna­n (KESBAN) dapat dilakukan bagi memastikan kawalan sempadan dapat dipertingk­at pada masa hadapan,” katanya.

 ??  ??
 ?? (Foto hiasan) ?? di sempadan Malaysia-thailand.
(Foto hiasan) di sempadan Malaysia-thailand.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia