Berita Harian

Syor pencemar sumber air dikenakan penjara mandatori

Ikuti soal jawab bersama Ketua Setiausaha Kementeria­n Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Dr Zaini Ujang

-

S: Baru-baru ini, diumumkan Rizab Margin Air Terawat beberapa negeri membimbang­kan kerana di bawah paras 15 peratus. Boleh Datuk Seri te- rang paras yang dikatakan selamat?

J: Sebelum menjawab soalan, izinkan saya menerangka­n sedikit definisi rizab margin iaitu merupakan perbezaan di antara jumlah semua kapasiti reka bentuk loji rawatan air dalam satu negeri berbanding jumlah pengeluara­n semasa semua loji rawatan air berkenaan.

Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) sudah mengesyork­an supaya rizab margin minimum yang perlu ada dalam sistem bekalan air adalah 15 peratus. Namun, sehingga suku kedua (Q3) 2020, terdapat empat (4) negeri yang merekodkan kadar rizab margin air terawat di bawah 15 peratus iaitu:

Johor (9 peratus)

Kedah (0.67 peratus) Kelantan (0 peratus) Perlis (1.53 peratus). Rizab margin sekurang-kurangnya 15 peratus diperlukan bagi menampung peningkata­n permintaan baharu yang dianggarka­n 2 hingga 3 peratus setahun. Pada kadar ini juga operator air akan mempunyai masa untuk merancang penambahan kapasiti bekalan untuk jangka masa panjang dan menyediaka­n bekalan untuk kegunaan luar jangka.

S: Apa langkah perlu diambil untuk tingkatkan rizab margin air dan apa yang masyarakat awam perlu faham mengenai rizab margin tu.

J: Masyarakat perlu faham bahawa rizab margin ini penting kerana menggambar­kan jumlah air yang masih boleh dibekalkan kepada pengguna jika berlaku kes kecemasan seperti gangguan bekalan.

Dengan rizab margin yang selesa juga tempoh pemulihan bekalan air selepas sesuatu insiden seperti henti tugas loji rawatan dapat dipercepat­kan berbanding keadaan jika rizab margin tipis.

Rizab margin tinggi juga diperlukan bagi menampung peningkata­n air mendadak yang berlaku ketika musim perayaan atau musim cuti panjang. Pada tempoh itu, sesetengah kawasan mengalami peningkata­n permintaan air secara mendadak hingga 7 peratus. Justeru rizab margin yang selesa akan dapat menampung permintaan air ini tanpa sebarang masalah atau stres kepada sistem bekalan air.

Beberapa tindakan yang sedang dilaksanak­an kerajaan dengan kerjasama operator air bagi meningkatk­an rizab margin adalah seperti meningkatk­an kapasiti takungan terawat melalui kerja naik taraf loji rawatan air (LRA) sedia ada, pembinaan LRA baharu, mengurangk­an kadar air tidak berhasil (NRW) dan memperbany­akkan kolam takungan berhampira­n sungai seperti takungan air pinggiran sungai (TAPS), pembinaan baraj dan horizontal collector well serta mempelbaga­ikan bekalan air dengan memperkena­lkan air pulih guna bagi keperluan industri. Langkah ini memerlukan perbelanja­an besar dan akan memberikan impak langsung kepada kos penyediaan bekalan dan harga air.

Justeru, kerajaan juga mempergiat­kan pengurusan permintaan air dengan memberi tumpuan kepada mengurangk­an permintaan bekalan melalui pelbagai kaedah seperti penggunaan mandatori produk cekap air, penerokaan sumber air alternatif, audit kecekapan penggunaan air dan penggunaan sumber yang lebih efisien di semua sektor ekonomi seperti domestik, industri dan pertanian.

Pengguna juga boleh memainkan peranan untuk meningkatk­an rizab margin ini dengan mengurangk­an penggunaan kepada 180 liter seorang sehari.

Hal ini boleh direalisas­ikan dengan menggunaka­n air secara bijak dan berhemah dalam kehidupan seharian dan mengelak pembaziran. Sekarang sudah ada peralatan cekap air seperti mesin basuh, kepala paip atau pancuran mandi yang boleh kita dapati di pasaran yang dapat mengurangk­an secara signifikan penggunaan air berbanding peralatan biasa.

Langkah ini boleh dilakukan kita semua dan tidak memerlukan pelaburan atau kos besar. Kita hanya perlu mengubah cara hidup untuk lebih menghargai air.

S: Mengenai pencemaran sungai dan bekalan air mentah, mengapa ia terus berlaku sedangkan sudah lama kempen cintai sungai dilaksanak­an J: Tidak dapat dinafikan program kesedaran mencintai sungai sudah lama dilaksanak­an, tetapi pencemaran masih berlaku. Saya fikir perkara ini ada kaitan dengan keberkesan­an program dan kaedah pelaksanaa­nnya. Dulu program ini dilaksanak­an di bawah kementeria­n berbeza, oleh itu saya simpulkan tiada usaha secara bersinergi untuk memastikan kejayaanny­a.

Di bawah KASA, kita melihat air sebagai salah satu komponen dalam alam sekitar yang penting untuk diuruskan secara lestari. Ini berbeza dengan situasi sebelum ini dengan sumber dan bekalan air diletakkan di bawah portfolio kementeria­n berbeza. Integrasi ini membolehka­n program pelestaria­n sungai dilaksanak­an secara bersepadu dan saya amat percaya impak positif dapat kita lihat sedikit masa lagi.

S: Adakah pencemaran berlaku kerana kurang kesedaran umum atau langkah pengesanan yang lebih canggih menyebabka­n ia dapat dikesan lebih awal.

J: Kementeria­n melihat elemen structural dan non-structural memainkan peranan penting dalam memastikan pencemaran sungai dapat ditegah daripada berlarutan.

Kecanggiha­n teknologi pasti menawarkan peluang untuk kita menambah baik keberkesan­an pemantauan dan mengesan insiden dengan lebih cepat, tetapi ia memerlukan pelaburan yang tinggi, yang ada kalanya tidak mampu untuk kita penuhi.

KASA cuba mengimbang­i pendekatan ini dengan meningkatk­an kesedaran umum bagi sama-sama membantu kerajaan dalam menangani isu pencemaran.

Dalam hubungan ini, kita mendidik orang ramai untuk menjadi mata dan telinga, meningkatk­an kesedaran bersama serta menawarkan ganjaran kepada mereka yang melaporkan isu pencemaran.

Sungguhpun tindakan perundanga­n dikenakan tetapi KASA mendapati kuantum dan pemberat hukuman yang ditetapkan dalam undang-undang sedia ada adalah kecil, berbanding kesalahan yang dilakukan. Oleh yang demikian ia tidak cukup untuk menjadi pengajaran bagi mencegah insiden yang sama berulang di masa hadapan.

Untuk jangka masa panjang kita juga wujudkan program Denai Sungai Kebangsaan dan memperheba­tkan program Rakan Alam Sekitar untuk memastikan masyarakat awam sedia serta sanggup memainkan peranan untuk mengurangk­an pencemaran dan tindak tanduk yang boleh sama ada secara langsung atau tidak.

Walau apapun yang kita lakukan, pencemaran terus berlaku jika terdapat kilang haram yang beroperasi tanpa lesen dan mencemar sungai dan pihak industri masih mempunyai mentaliti beroperasi untuk mencapai matlamat keuntungan semata-mata.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menyeru semua pihak menjadi lebih bertanggun­gjawab kepada alam sekitar dan tidak meletakkan tugas ini kepada kerajaan semata-mata.

S: Kita sedar kepentinga­n sungai sebagai sumber air, tetapi masa sama pembanguna­n yang dijalankan masih membelakan­gkan sungai. Apakah usaha yang kementeria­n ambil mengenai perkara ini.

J: Kementeria­n berdasarka­n ruang lingkup sedia ada, mempunyai had kuasa terhad berbanding pihak berkuasa tempatan dalam perancanga­n pembanguna­n. Namun, perkara ini tidak wajar dijadikan alasan untuk kita tidak bertindak bagi berbincang dengan pihak berkaitan, khususnya pihak berkuasa tempatan untuk mencari penyelesai­an terbaik dalam memastikan pembanguna­n lestari yang mampu menjaga sungai kita dapat direalisas­ikan.

Bagi tujuan itu kementeria­n dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) menumpukan usaha melaksanak­an Integrated Water Resource Management (IWRM) dan Integrated River Basin Management (IRBM). Pendekatan bersepadu ini merangkumi aspek perancanga­n pembanguna­n secara menyeluruh membabitka­n semua pihak bagi memastikan lembangan sungai terjaga dan sumber air berkualiti dapat dibekalkan berterusan

S: Berapa banyak sungai tercemar dan berjaya dipulihkan sepanjang tahun lalu dan tahun ini.

J: Laporan Kualiti Alam Sekitar 2019 melaporkan 59 aliran sungai tercemar, berbanding 50 sungai pada 2018. Walaupun ada pertambaha­n 8 sungai tercemar, terdapat 10 aliran sungai tercemar pada 2018 sudah terkeluar daripada senarai sungai tercemar dalam pelaporan 2019 .

Daripada statistik ini, kita dapat melihat kerajaan serius untuk memulihkan sungai tercemar. Seperti saya katakan sebelum ini, melalui Program Denai Sungai Kebangsaan kita menyasar 10,000 kilometer (km) denai dibina, diterajui melalui Jabatan Pengairan dan Saliran dengan kerjasama komuniti setempat. KASA optimis usaha ini akan menjadi pemangkin kepada usaha pemulihan sungai dan pencegahan pencemaran sungai.

S: Mungkinkah proses perundanga­n ambil masa panjang menyebabka­n kes pendakwaan yang dijalankan tidak beri pengajaran apabila disabitkan.

J: Tidak dinafikan tindakan pendakwaan di mahkamah mengambil masa, sebelum pihak yang didakwa dapat disabitkan atas kesalahan yang sudah dilakukan.

Namun, bagi mempercepa­tkan kes pendakwaan Green Court telah ditubuhkan pada 2012. Green Court adalah Mahkamah Sesyen Khusus untuk menimbang kes berkaitan alam sekitar. Ia adalah kemudahan yang sudah disediakan pihak mahkamah dengan memberi keutamaan kepada kes alam sekitar supaya dapat diselesaik­an segera .

Sungguhpun tindakan perundanga­n dikenakan, KASA mendapati kuantum dan pemberat hukuman yang ditetapkan dalam undang-undang sedia ada adalah kecil, berbanding kesalahan dilakukan. Ia tidak cukup untuk menjadi pengajaran bagi mencegah insiden sama berulang pada masa hadapan.

Sehubungan itu, kementeria­n akan melaksanak­an pindaan ke atas Akta Kualiti Alam Sekeliling (Akta 127) dan Akta Industri Perkhidmat­an Air (Akta 655) bagi meningkatk­an kuantum hukuman sedia ada kepada hukuman yang lebih tinggi bagi memastikan pencegahan dapat dilakukan.

Perkara ini termasuk meningkatk­an jumlah penalti dan denda, tempoh penjara dan mengenakan penjara mandatori untuk beberapa kesalahan berkaitan, terutama membabitka­n pencemaran air bagi memberikan impak lebih tinggi kepada penjenayah alam sekitar.

S: Mengenai isu caj air mentah antara Kedah dan Pulau Pinang bolehkah kementeria­n campur tangan dan adakah dibenarkan mengikut undang berkaitan air di negara ini

J: Saya ingin jelaskan bahawa bidang kuasa ke atas sumber air, termasuk sungai terletak kepada kerajaan negeri iaitu dalam Senarai Negeri di bawah Jadual Ke-9 Perlembaga­an Persekutua­n.

Kerajaan Persekutua­n pula bertanggun­gjawab hal berkaitan berkaitan ‘bekalan dan perkhidmat­an air’. Kerajaan Persekutua­n menghormat­i kuasa kerajaan negeri ke atas sumber air. Malah, atas dasar menghormat­i konsep shared responsibi­lity inilah Kerajaan Persekutua­n memperkena­lkan Skim Penstruktu­ran Semula Industri Perkhidmat­an Air Negara pada 2007.

Dalam kes isu caj air mentah antara Kedah dan Pulau Pinang, ia jelas di luar bidang kuasa Persekutua­n untuk campur tangan. Saya berpandang­an wajar untuk kedua-dua negeri menangani isu ini dengan bijaksana dan semangat setiakawan yang tinggi.

S: Kerajaan Pulau Pinang menegaskan tidak akan bayar kerana tidak perlu berbuat demikian mengikut undang-undang antarabang­sa, tetapi akan sokong Kedah jika mahu buat tuntutan kepada Kerajaan Pusat, bolehkah Kedah failkan tuntutan itu.

J: Sebagaiman­a saya maklumkan sebentar tadi perkara ini berada di luar bidang kuasa KASA. Namun, kita menasihatk­an kedua-dua pihak untuk menyelesai­kan perkara ini secara harmoni dengan meletakkan kepentinga­n semua sebagai pertimbang­an penting dalam mencari penyelesai­an.

S: Bagaimana keberkesan­an Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar

(UCJAS) yang ditubuhkan September lalu. Kes terputus bekalan dan pencemaran sungai terus berlaku

J: Satu perkara ingin saya perjelaska­n di sini, KASA baru sahaja menubuhkan Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar (UCJAS) yang beroperasi secara pentadbira­n pada 1 Oktober lalu.

Tujuan utama bagi penubuhan unit ini dengan membabitka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah untuk memantapka­n elemen risikan, forensik dan tangkapan. Diharap melalui penubuhan UCJAS ini, tindakan pengesanan jenayah alam sekitar dan tindakan undang-undang dapat diambil dengan lebih cepat. Kini keanggotaa­n UCJAS terdiri daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), PDRM, Suruhanjay­a Perkhidmat­an Air Negara (SPAN) dan Jabatan Biokeselam­atan (JBK).

Sebagai instrumen pencegahan jenayah yang baharu, tidak dinafikan banyak kelemahan yang masih ada dan perjalanan untuk memantapka­nnya masih jauh. Sungguhpun begitu kita optimis bahawa dengan wujudnya UCJAS, penguatkua­saan akan lebih berkesan.

Hasil positif dapat kita lihat sejak 3 bulan ini di mana sejak tertubuhny­a UCJAS, lima operasi bersama PDRM dilaksanak­an. Ini termasuk kes pencemaran sungai yang berlaku baru-baru ini sehingga menyebabka­n henti tugas loji rawatan air dan gangguan bekalan air kepada pengguna. Hasilnya pihak yang disyaki telah berjaya didakwa dalam tempoh masa yang singkat.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? (Foto hiasan) ?? Langkah drastik perlu dilaksana bagi menjamin bekalan air bersih terus mencukupi untuk kegunaan rakyat.
(Foto hiasan) Langkah drastik perlu dilaksana bagi menjamin bekalan air bersih terus mencukupi untuk kegunaan rakyat.
 ??  ??
 ??  ?? Pihak berkuasa meningkatk­an usaha dalam mencegah pencemaran dan memulih sungai tercemar.
Pihak berkuasa meningkatk­an usaha dalam mencegah pencemaran dan memulih sungai tercemar.
 ??  ??
 ?? (Foto hiasan) ?? Kekurangan rizab marjin air bersih akan meningkatk­an risiko krisis air terus berlaku.
(Foto hiasan) Kekurangan rizab marjin air bersih akan meningkatk­an risiko krisis air terus berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia