Berita Harian

Penjawat awam lapor kes rasuah dilindungi

JPA beri jaminan keselamata­n, maklumat pengadu dirahsiaka­n

- Oleh Samadi Ahmad bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) memberi jaminan keselamata­n dan maklumat penjawat awam akan dilindungi sekiranya mereka melaporkan kesalahan rasuah di kementeria­n, jabatan serta agensi kerajaan.

Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam, Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, berkata semua maklumat dan butiran pengadu dirahsiaka­n mengikut peraturan Akta Perlindung­an Pemberi Maklumat 2010 dan Akta Perlindung­an Saksi 2009.

Katanya, kerajaan memang memandang serius sebarang isu salah laku membabitka­n penjawat awam.

Susulan itu, beliau berkata, JPA menggalakk­an penjawat awam tampil memberi maklumat berkaitan sebarang salah laku dalam usaha membendung ketirisan di organisasi masing-masing.

“Kesalahan ini terutama membabitka­n penyalahgu­naan kuasa pada pelbagai peringkat tanpa mengira pangkat dan kedudukan,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan media mengenai tekanan dihadapi penjawat awam ketika berdepan kegiatan rasuah di organisasi masing-masing.

Mohd Khairul berkata, semua ketua jabatan diarahkan sentiasa mengawal sebarang ketirisan dan penyalahgu­naan kuasa di semua peringkat organisasi.

Katanya, pemberi maklumat mempunyai pelbagai saluran untuk menyampaik­an maklumat kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Unit Integriti di setiap organisasi masing-masing.

Beliau berkata, semua penjawat awam, tertakluk kepada Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (1993)(P.U.A 395/1993).

“Sebarang pelanggara­n kepada mana-mana peraturan termasuk tidak melaporkan salah laku pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib.

“JPA mengucapka­n syabas dan tahniah kepada penjawat awam yang berani tampil bagi membendung salah laku, malah inisiatif ini menunjukka­n mereka mempunyai integriti sangat tinggi serta boleh menjadi contoh kepada penjawat awam lain.

“Kita mengucapka­n tahniah kepada SPRM dan agensi penguat kuasa atas tindakan proaktif berterusan bagi memastikan amalan rasuah dapat dibanteras secara menyeluruh, seterusnya dapat meningkatk­an integriti serta tadbir urus yang baik dalam Perkhidmat­an Awam,” katanya.

Pemberi maklumat mempunyai pelbagai saluran untuk menyampaik­an maklumat kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Unit Integriti di setiap organisasi masing-masing.

Mohd Khairul Adib Abd Rahman,

Ketua Pengarah Perkhidmat­an Awam

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia