Berita Harian

Tiada jawatan Kabinet untuk Ahmad Faizal

-

Ipoh: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau tidak akan dilantik ke sebarang jawatan pada peringkat Persekutua­n.

“Tidak ada (jawatan peringkat Kabinet), sekarang jawatan saya adalah Ahli Parlimen Tambun dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderian­g.

“Itu pun sudah cukup banyak tugas dan tidak cukup masa, kita hendak buat banyak perkara lain.. jadi, I will focus on that (saya akan tumpu di situ),” katanya apabila ditanya media sama ada akan mempunyai jawatan pada peringkat Persekutua­n selepas ini.

Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ditemui media di program ‘Hijaukan Bumi Kita’ anjuran Lion Club of Silver State di Padang Housing Trust, di sini, semalam.

Beliau yang juga Ketua BERSATU

Perak mengulas berhubung senarai nama dalam kalangan ADUN BERSATU yang dicadangka­n bagi mengisi jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) Perak berikutan pelantikan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar Perak pada Khamis lalu.

“Kita sudah bincang dengan Menteri Besar dan saya percaya beliau akan membawa nama ini untuk disembahca­dangkan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Kita cadangkan beberapa nama dan kita harap yang terbaik,” katanya.

Ditanya sama ada namanya turut ada dalam senarai lantikan EXCO itu, Ahmad Faizal berkata, kemungkina­n besarnya tidak.

Katanya beliau berada dalam keadaan baik dan meminta semua pihak tidak berasa bimbang.

Sabtu lalu, Ahmad Faizal meletak jawatan sebagai Menteri Besar

Tidak ada (jawatan peringkat Kabinet), sekarang jawatan saya adalah Ahli Parlimen Tambun dan ADUN Chenderian­g.

Ahmad Faizal Azumu, Bekas MB Perak

Perak ke-13 bersama-sama seluruh barisan EXCONYA.

Ini susulan Ahmad Faizal gagal memperoleh sokongan dalam usul undi percaya ADUN Perak pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Jumaat lalu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia