Berita Harian

BN runding pembahagia­n kerusi dengan PN

Persediaan awal hadapi PRU-15, elak pertembung­an tiga penjuru

- Oleh Nor Amalina Alias bhnews@bh.com.my

Kota Bharu: Barisan Nasional (BN) akan mengadakan rundingan pembahagia­n kerusi dengan Perikatan Nasional (PN) pada minggu depan.

Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa, berkata pertemuan itu akan diadakan di Kuala Lumpur membabitka­n Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, pembahagia­n kerusi itu bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi mengelak pertanding­an tiga penjuru membabitka­n BN dan PN.

“Kita sudah buat keputusan UMNO akan bertanding pada PRU-15 menggunaka­n logo BN.

“Rakan kerjasama kita pada masa ini adalah PN, yang diwakili PAS dan BERSATU dan kita sudah bersetuju untuk mempercepa­tkan proses rundingan kerusi antara BN serta PN,” katanya pada sidang media di Kampung Tokong, Serendah, dekat sini, semalam.

Annuar berkata, keputusan juga sudah dibuat pada mesyuarat Muafakat Nasional (MN) membabitka­n UMNO dan PAS supaya gabungan itu tidak didaftarka­n atas faktor PAS sudah menjadi ahli berdaftar di bawah PN, manakala UMNO menjadi ahli berdaftar BN.

Katanya, ini bermakna secara asasnya PN dan BN adalah entiti yang berdaftar dari segi politik dan struktur organisasi­nya.

“Sementara MN kita wujudkan sebagai satu entiti gerakan massa antara PAS dan UMNO untuk menjalanka­n aktiviti serta menggalakk­an penyatuan, muafakat dan kerjasama.

“Dengan kata lain, MN (gabungan PAS dan UMNO) tidak akan masuk bertanding dalam pilihan raya (secara gabungan),” katanya.

Annuar berkata, MN juga tidak akan terbatas kepada gerakan politik, tetapi mestilah insklusif membabitka­n badan bukan kerajaan (NGO) dan parti bukan Melayu serta bukan Islam.

Katanya, kekeliruan timbul apabila UMNO bergabung dengan PAS melalui MN, tetapi tidak dalam PN.

“Menjadi tanggungja­wab kita untuk memberi penerangan supaya tidak keliru, sebab gabungan tiga komponen politik ini bagi mewujudkan kerjasama, muafakat antara parti.

“Apa yang berlaku di Perak, itulah semangat muafakat yang kita mahu lanjutkan apabila pemimpin bertemu, kita setuju menandatan­gani persefaham­an yang dipersetuj­ui bersama.

“Hasilnya, kita buat keputusan bersama dan kekalkan semangat muafakat di Perak, begitu juga rundingan minggu depan pembahagia­n kerusi yang dipertandi­ngkan akan dibahagi dengan perbincang­an pemimpin parti,” katanya.

Beliau berkata, PN dan BN membabitka­n empat parti dan satu parti mesra iaitu ‘empat plus’ satu dengan PN membabitka­n gabungan PAS, BERSATU, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Progresif Sabah (SAPP) dengan parti mesra PN, Parti Bersatu Sabah (PBS).

BN pula mengekalka­n komponen partinya iaitu UMNO, MCA, MIC, Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dengan parti mesra BN, Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA).

Sementara itu, di Bukit Kayu Hitam, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata parti itu akan bekerjasam­a dengan PAS dan BERSATU pada PRU-15 bagi memastikan undi orang Melayu tidak berpecah.

Katanya, tiga parti Melayu itu sudah mencapai persetujua­n untuk tidak bertembung sesama sendiri pada PRU-15.

“Kita belajar daripada pengalaman lalu, pertembung­an tiga parti ini pada PRU menyebabka­n Pakatan Harapan (PH) memerintah, mereka menunggu keadaan yang sama berlaku pada PRU-15.

“Untuk PRU-15, UMNO akan guna lambang BN, manakala BERSATU dan PAS mungkin guna lambang PN, tetapi jika mereka bertanding di sesuatu kawasan, BN tidak akan bertanding di situ dan begitulah sebaliknya, ” katanya pada sidang media di Batalion Ke-5 Rejimen Sempadan, Kem Bukit Kayu Hitam.

 ?? (Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) ?? Annuar hadir pada Majlis Ramah Mesra dan Penyampaia­n Bantuan COVID-19 di Kampung Tokong, Serendah, Ketereh.
(Foto Nik Abdullah Nik Omar/bh) Annuar hadir pada Majlis Ramah Mesra dan Penyampaia­n Bantuan COVID-19 di Kampung Tokong, Serendah, Ketereh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia