Berita Harian

Malaysia tidak berdepan tekanan politik lulus vaksin

Kerajaan guna penilaian berdasarka­n data klinikal diperoleh

- Oleh Latifah Arifin latifah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak akan sesekali meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 secara kecemasan, seperti diputuskan Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata Malaysia tidak berdepan tekanan politik untuk menentukan soal kelulusan vaksin terbabit, apatah lagi memaksa tindakan sebegitu diambil.

Beliau melalui ciapannya di Twitter semalam, berkata kerajaan akan membuat penilaian untuk tujuan itu berdasarka­n data klinikal yang diperoleh.

“Daripada data klinikal vaksin ini, ia akan dinilai secara bebas oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di Kementeria­n Kesihatan (KKM).

“Penilaian ini dibuat sebelum vaksin dilulus dan didaftar untuk digunakan,” katanya sambil melampirka­n pautan berita mengenai keputusan terkini dibuat AS berhubung vaksin COVID-19.

AS meluluskan vaksin COVID-19 Pfizer-biotecntec­h kelmarin, selepas desakan kuat oleh Presidenny­a, Donald Trump.

Malah, Trump turut dilaporkan berkongsi video di Twitter dengan menyifatka­n berita itu sebagai ‘keajaiban perubatan’ dan percaya imunisasi pertama akan dilakukan tempoh kurang 24 jam.

Malaysia sebelum ini dilapor akan mendapatka­n bekalan awal vaksin COVID-19 daripada syarikat farmaseuti­kal Pfizer sebanyak 12.8 juta dos bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini secara percuma.

Melalui perjanjian bersama dengan syarikat itu pada 24 November lalu, Pfizer berjanji menghantar satu juta dos bagi suku pertama 2021, disusuli 1.7 juta dos pada suku tahun kedua, 5.8 juta

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

dos pada suku tahun ketiga dan seterusnya 4.3 juta dos pada suku tahun keempat.

Bagaimanap­un, penggunaan di Malaysia tertakluk kelulusan vaksin itu oleh Pentadbira­n Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan kelulusan regulatori daripada negara pengeluar, di samping NPRA di KKM.

Kerajaan juga masih menunggu perkenan Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah dan Majlis Raja-raja berhubung fatwa penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan Muslim di negara ini.

 ?? (Foto Twitter Khairy Jamaludin) ?? Ciapan Twitter Khairy bersama pautan berita keputusan terkini dibuat AS berhubung vaksin COVID-19, semalam.
(Foto Twitter Khairy Jamaludin) Ciapan Twitter Khairy bersama pautan berita keputusan terkini dibuat AS berhubung vaksin COVID-19, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia